BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

25 maut bas terbalik di Congo

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
congos.JPG.transformed.jpg

KIKWIT: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, manakala 57 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki terbalik di kawasan tenggara Republik Demokratik Congo, menurut angka rasmi yang dilaporkan televisyen tempatan

Sebelum ini, Datuk Bandar Kikwit, Leonard Mutangu, dilaporkan berkata insiden itu menyebabkan 13 penumpang maut, dan 64 lagi mangsa cedera

Mutangu berkata, kemalangan berkenaan membabitkan bas milik sebuah syarikat tempatan yang dalam perjalanan dari Kikwit menuju ke Inshasa

Wartawan AFP yang tiba di lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan itu berkata, beberapa mayat terbaring di atas jalan, manakala penumpang yang lain masih terperangkap di dalam kenderaan

Beliau berkata, puluhan mangsa yang cedera juga dilihat terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah

Katanya, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke sebuah hospital awam di Kikwit, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian

http://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/09/323996/25-maut-bas-terbalik-di-congo
 
Buli tahan berita harian ni..sampai congo cr bas terbalik
 
Back
Top
Log in Register