BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

25,556 aduan GST diterima

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hasan Malek (kanan) bersama Ahmad Bashah Md. Hanipah (tengah) melakukan pemeriksaan Ops Pematuhan GST- Catut di sebuah premis perniagaan di Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.​

KUALA LUMPUR 2 April - Sebanyak 25,556 aduan berhubung cukai barang dan perkhidmatan (GST) diterima sejak sistem cukai baharu itu dilaksana semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, 23,871 aduan diterima menerusi sistem aplikasi telefon mudah alih, MyKira GST, 1,109 (talian hotline) dan 576 (laman e-Aduan).

Menurutnya, aduan-aduan tersebut penting bagi membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti premis dan peniaga yang melakukan penyelewengan supaya tindakan tegas dapat diambil serta-merta terhadap mereka.

Katanya, orang ramai selaku pengguna perlulah menggunakan semua medium yang telah disediakan pihak berkuasa bagi melaporkan penipuan peniaga atau kekeliruan berhubung harga yang dipamerkan.

“Setakat ini, pelbagai aduan diterima dan dijawab dengan baik oleh pegawai bertugas. Walaupun terdapat rungutan berhubung perkhidmatan seperti talian terputus atau tidak disambung, kami mengharapkan agar orang ramai faham masalah dihadapi seperti talian sibuk dan sebagainya.

“Sekiranya terdapat aduan, kita akan segera bertindak. Pihak berkuasa tidak akan menerima sebarang alasan daripada para peniaga yang melanggar kesalahan dan sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyertai Ops Pematuhan GST-Catut dan melakukan tinjauan harga barang di beberapa premis di pusat beli-belah Mid Valley bersama Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau turut menyaksikan penyerahan prosedur operasi standard (SOP) bersepadu antara JKDM dengan KPDNKK dalam melaksana Ops Pematuhan GST-Catut dan Ops Catut Fasa II KPDNKK.

Dalam pada itu, Hasan berkata, sebanyak 7,770 premis perniagaan di seluruh negara diperiksa sejak Ops Catut 2 dilancarkan bermula semalam.

Katanya, pemeriksaan tersebut dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua jenis premis perniagaan seperti pasar raya, pasar tani dan kedai runcit termasuk juga pengilang, pengedar, pemborong dan pengeluar.

“Sasaran operasi kali ini ialah di beberapa industri terpilih, pasar raya dan bengkel kereta. Malah, pemeriksaan turut dilakukan di 3,055 pasar basah, 1,587 pasar malam dan 1,076 kedai runcit,” katanya.
 
hambekkk ubatt.

jap lagi, ada domino effect. oleh kerana jumlah aduan terlalu besar dan pantauan kena lebih hebat, gomen terpaksa ambik lebih ramai pekerja. untuk menanggung kos pekerja yang ramai, sukacita dimaklumkan, gst dinaikkan ke 10% demi menjaga kepentingan rakyat.

kehkehkehkehkehkeh.
 
kikikiki

The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.
 
lantak pi kome Menteri dan Timbalan

Wak San dan Wak Lan.....

dok bawah 1 bumbung pun x selari......haree
 
Back
Top
Log in Register