BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

24 warga asing kena tahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan ditahan di dua premis berasingan.​

LUMUT - Jabatan Imigresen Lumut berjaya menahan 24 warga asing dalam dua operasi berasingan di sekitar Seri Manjung dan Sitiawan, di sini, semalam.

Ketua Imigresen Lumut, Nor Azman Ibrahim berkata, 15 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Taman Muhibbah 4 dan Taman Hijau Indah, Sitiawan.

"Mereka meletakkan but dan topi keselamatan seperti pekerja kontrak sebagai modus operandi mengaburi pihak berkuasa.

"Mereka ditahan ketika semuanya sedang tidur di rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, hasil serbuan itu, pihaknya menahan 12 pelayan terbabit atas kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(l) Akta Imigresen 1959 kerana mempunyai dalam pemilikan apa-apa permit masuk, pas, dokumen atau perakuan yang palsu atau dipinda.

"Dua daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

"Sementara tiga lagi ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah ke negara ini," katanya

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga wanita daripada enam warga Vietnam turut ditahan dalam serbuan di sebuah premis karaoke di Sitiawan disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan sah kerana cop palsu mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Pada masa sama, tiga lelaki warga India dan seorang wanita Indonesia, termasuk seorang majikan ditahan dalam Ops Selera di sebuah restoran di Pantai Remis.

"Kita turut menyerbu premis makanan di sebuah pasar raya di Manjung dan menahan dua lelaki warga Bangladesh kerana tiada dokumen pengenalan diri," katanya.

Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.
 
kami teranaiya...kami mangsa sindeket..tlg kami....

sapa bos???

kami x tau..tak kenal..org selalu tukar2...no hp pun xda....


ermmmmm...ok..kes ttp
 
Back
Top
Log in Register