kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
PULAU PINANG: Dua puluh empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bungah di sini mengalami sakit perut dan cirit birit, dipercayai akibat keracunan makanan.
Kesemua mereka yang berusia antara 9 dan 12 tahun dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) apabila mengadu sakit perut dan cirit birit selepas mendakwa memakan nasi lemak dan nasi ayam yang dijual di kantin sekolah itu.
Penolong Kanan 1 SK Tanjung Bungah Kamaruddin Shawal Hamid ketika dihubungi berkata kejadian berlaku selepas waktu rehat dan kesemua murid terbabit dihantar ke hospital oleh beberapa orang guru.
Kamaruddin berkata pemerhatian awal pihaknya mendapati keracunan makanan itu berikutan juadah yang dijual di kantin sekolah berkenaan dicemari klorin dan pihak sekolah sudah melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kesihatan untuk siasatan.
"Pengusaha kantin ada memaklumkan kepada pihak sekolah yang tekanan air rendah dan menyebabkan air yang digunakan untuk menyediakan masakan di kantin berbau klorin," katanya.
Seorang daripada murid yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata dia mengalami sakit perut selepas makan nasi lemak di kantin sekolahnya.
"Saya hanya makan dua sudu apabila seorang kawan bagitahu yang nasi lemak yang kami makan itu berbau klorin dan tidak lama selepas itu saya sakit perut manakala kawan saya pula muntah," katanya.
mymetro online news.