BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

24% miskin jika PGK RM1,500

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Paras Garis Kemiskinan (PGK) negara sekarang akan dikemaskini dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz hari ini.

PGK yang diguna pakai kini belum mengambil kira kesan kenaikan harga minyak baru-baru ini, tambahnya.

"Kerajaan memang sedar kesan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh negara pada masa ini akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah.

"PGK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa," katanya, menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat.

Abdul Khalid membangkitkan persoalan PGK kini terlampau rendah dan tidak munasabah untuk membiayai satu keluarga dan meminta kerajaan memberi kadar peratusan kemiskinan di setiap negeri jika PGK dinaikkan kepada RM1,500.

PGK - pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap isi rumah memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi dalam masyarakat - sekarang ditetapkan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM753.

Amirsham berkata jika PGK dinaikkan ke tahap RM1,500, kadar peratusan kemiskinan di setiap negeri dianggarkan berjumlah 24.3 peratus.

Ada ker PGK RM753 saja. Aku beli barang dapur tak termasuk ikan sayur untuk dua minggu pun dah cecah RM650 yang banyak aku stok beras 20KG susu anak 8 bungkus drypers 2 beg dan benda-benda frozen.

Sepatutnya untuk Selangor/KL/Johor PGK ialah RM2000.
 
yaa..skrg aku dh msuk kategori miskin dh ni huuhu
 
aku da hampir ke paras garis kemiskinan gak dok kat kl ni
 
byknyer drypers........................ cirit ker....... bawak ler jumpa doc.
 
ades....aku hampir nak masuk zon miskin rupenya ni
 
walah tak kecik je rupenye gaji aku nih yerk
 
Back
Top
Log in Register