BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

23 pelesit rempit kecut perut

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_06.1.jpg

ANGGOTA polis memeriksa sebahagian daripada 23 motosikal yang ditinggalkan pelesit rempit dalam operasi di Lebuh Raya Sungai Besi, Seri Kembangan semalam.

SERI KEMBANGAN – Seramai 23 pelesit rempit yang gagal meloloskan diri bertindak meninggalkan motosikal masing-masing sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan perumahan selepas ‘litar’ lumba haram di Lebuh Raya Sungai Besi berhampiran The Mines di sini dikepung polis semalam.

Kejadian tersebut berlaku pukul 1.15 pagi apabila pelesit rempit yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal masing-masing dengan melawan arus.

Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila polis telah mengepung kedua-dua hala jalan berkenaan menyebabkan mereka meninggalkan motosikal sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan perumahan berdekatan.

==============


Mat rempit lari tinggal motosikal


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Suasana 'litar lumba haram' di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di Mines, Seri Kembangan dekat sini bertukar kelam kabut awal pagi ini, apabila lokasi mat rempit itu dikepung oleh pihak berkuasa.

Unit Khas Pasukan Trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyerbu kawasan berlumba haram itu bagi membanteras kegiatan tidak sihat tersebut daripada terus berleluasa.

Hasilnya, sebahagian daripada mat rempit yang gagal melepaskan diri daripada kepungan polis terpaksa meninggalkan kenderaan masing-masing sebelum bertempiaran melarikan diri ke dalam semak-samun dan kawasan perumahan berdekatan.

Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, operasi yang bermula pukul 1.15 pagi itu bukan sahaja menemui 23 motosikal yang ditinggalkan oleh pelumba haram, malah berjaya mengesan beberapa jenayah lain, termasuk kenderaan curi.

"Selain meninggalkan motosikal mereka, hasil pemeriksaan kita mendapati, salah sebuah daripada kenderaan itu dilaporkan dicuri di Kajang, Selangor.

"Motosikal jenis Yamaha 125Z itu juga dikesan menggunakan nombor pendaftaran sebuah motosikal lain," katanya di sini, hari ini.

Turut menyertai operasi itu, anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Tambah Khuzir, dalam operasi tersebut, pihaknya mengeluarkan 54 saman dan menyita 12 motosikal manakala JPJ mengeluarkan 21 saman dan menyita 21 motosikal.

Beliau berkata, dua lelaki ditahan selepas saringan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

Katanya, pemeriksaan turut dilakukan terhadap kereta-kereta yang melakukan kesalahan seperti cermin gelap, ekzos bising dan menggunakan lampu High Intensity Discharged (HID).
 
Last edited:
tinggal kan motor..
pastu gi curi plak motor..
mmg dasar xde h0tak rempit2 nie..
 
Back
Top
Log in Register