BTC USD 83,364.3 Gold USD 4,195.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

22 tanda hari kiamat semakin hampir

abdullah abd wahab

Active+ Member
Messages
2,814
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2010
Messages
2,814
Reaction score
429
Points
46
315908_281185315243977_128378787191298_1010633_568031836_n.jpg



22 tanda hari kiamat semakin hampir :

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedeka

~Ustaz Azhar Idrus ( Original )
asal dari : Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah
 
marilah kita memperbaiki & menambah amalan kita selagi masih ada waktu..
 
Semua berlaku di sekiling kita sekarang.Boleh tengok di media massa dan rakan2 kita
 
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

huahahahhahaaa

yg ni yg fatwa fx haram.

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedeka

yg ni syarizat and the gang
 
semua dah berlaku dah skang...

salam..betul tu bang...sy sokong sgt..ape yg dinyatakan semuanya dah pn berlaku sekarang..apa pnca n sebab,bagi sy kerana DUIT...itu kat dalam malaysia ni la..negara islam luar...?? sebab telaga minyak..tengok je negara2 islam luar,abis dah kena bedil...hidup n mati sia2, mereka yg mgucap kalimah yg sama dgn kita walaupun berlainan kulit,rupa..kenapa tentera malaysia tak tolong pertahankan..??
 
Back
Top
Log in Register