Honda City Generasi Baru Di Dedahkan Di Thailand Hari Ini
Seperti yang telah dilaporkan dua minggu lalu, Honda City generasi baharu bakal membuat kemunculan sulungnya untuk peringkat global di Thailand pada pukul 3 petang ini, atau pukul 2 petang waktu di negara tersebut. Siaran langsung pendedahan berkenaan boleh anda tonton menerusi saluran Youtube yang kami sertakan di atas.
Honda turut memberikan teaser terakhir sebelum pendedahan berkenaan tiada rupa penuh ditayangkan, tetapi jika anda lihat video teaser tersebut, terdapat grafik LED lampu belakang sedan segmen-B tersebut pada anak mata dalam video berkenaan.
Honda City generasi baharu ini bakal dijual dalam segmen Kereta Eco Thai Fasa 2, dan dilaporkan dijana oleh enjin 1.0 liter turbo bagi memenuhi syarat emisi dan penggunaan bahan api yang lebih ketat dalam undang-undang kelas berkenaan, dan bertanding terus dengan Nissan Almera generasi baharu yang didedahkan minggu lepas.
Menerusi undang-undang Kereta Eco Fasa 2 ini, model-model dalam kelas berkenaan perlulah dihasilkan dengan spesifikasi seperti memenuhi standard emisi Euro 5, emisi CO2 di bahawa 100 g/km, dan juga penggunaan bahan api tidak melebihi 4.3 liter untuk 100 km (23.25 km/l), serta kesemua varian perlu dilengkapi ABS/EBD/BA/VSA secara standard.
Bagaimana rupa model generasi baharu ini, apa lagi ciri baharu yang bakal ditampilkan? Sama-sama kita tunggu pendedahannya sedikit masa lagi.
Honda City Generasi Baru Dengan 1.0L VTEC Turbo
Sebelum ini kita sudah tahu bahawa Honda City generasi terbaharu yang berkongsi asas dengan Honda Jazz 2020 yang baharu sahaja didedahkan di Jepun dua minggu lalu, akan membuat kemunculannya di Thailand bulan ini. Berita terbaharu yang kami dapat, Honda sudah pun mengumumkan bahawa model tersebut bakal dilancarkan pada 25 November ini.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Honda bakal mempertaruhkan City dalam kelas Kereta Eco Thai Fasa 2, dan untuk itu model generasi baharu ini akan dijana oleh enjin 1.0 liter tiga-silinder VTEC Turbo, dikhabarkan mampu menghasilkan 122 PS/200 Nm. Ia akan digandingkan dengan kotak gear CVT automatik, lapor portal Headlightmag dari Thai.
Kuasa berkenaan dilihat agak tinggi berbanding enjin lain dengan spesifikasi sama. Ini kerana selain sistem injap VTC pada kedua-dua aci sesondol kemasukan dan ekzos, enjin ini turut menerima sistem VTEC sebenar dengan aci sesondol pelbagai durasi pada bahagian injap kemasukan (sistem VTEC pada enjin K20C1 Civic Type R FK8 hanya pada bahagian ekzos).
Menerusi undang-undang Kereta Eco Fasa 2 ini, model-model dalam kelas berkenaan perlulah dihasilkan dengan spesifikasi seperti memenuhi standard emisi Euro 5, emisi CO2 di bahawa 100 g/km, dan juga penggunaan bahan api tidak melebihi 4.3 liter untuk 100 km (23.25 km/l), serta kesemua varian perlu dilengkapi ABS/EBD/BA/VSA secara standard.
Selain dari enjin turbo tersebut (ia sebenarnya telah pun digunakan oleh Civic di Eropah dan China), City juga bakal menerima varian yang dijana sistem hibrid Intelligent Multi-mode Drive (i-MMD) dengan dua motor elektrik sama seperti Jazz generasi baharu.
Serentak dengan pengumuman ini, Honda turut menyiarkan satu video berkenaannya, tetapi tiada sebarang imej teaser model generasi baharu tersebut. Imej yang anda lihat di atas bukanlah imej sebenar tetapi hasil bayangan yang dihasilkan pada 2018, diinspirasikan dari Honda Insight generasi baharu.
Sumber asal
https://paultan.org/2019/11/25/hond...i-di-thailand-tonton-siaran-langsung-di-sini/