BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2012 tahun bertuah David Teo

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
hi_01.1.jpg

SIAPA tidak kenal dengan seorang penerbit yang sememangnya berani bersuara dan tidak lokek untuk berkongsi rezeki yang diperolehi, David Teo.

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi Metrowealth International Group (MIG) yang menaungi syarikat penerbitan filem paling aktif menerbitkan filem di Malaysia iaitu Metrowealth Movies Production (MMP), David tidak pernah gagal untuk berkongsi rezeki yang diperoleh sejak tahun pertama dia berkecimpung dalam industri seni.

Kini walau telah melewati usia 11 tahun pembabitannya, David sekali lagi berkongsi rezeki dengan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Chai MIG 2011/12 di Hotel Sunway Lagoon Resort, Bandar Sunway sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

"Bukan senang mahu kongsi rezeki, ramai hanya boleh bercakap namun untuk melaksanakannya memang sukar. Kita perlu ikhlas dan biasakan hati untuk berkongsi dengan orang lain. Namun, apa yang saya lihat, setiap kali bila ikhlas berkongsi rezeki, pasti perniagaan saya mengalami peningkatan.

"Saya sering mengamalkan majlis kesyukuran setiap tahun untuk bersyukur terhadap rezeki yang diberikan dan juga untuk menyedarkan kesemua 500 orang pekerja, krew dan pengkarya di bawah saya untuk beringat kepada Tuhan yang telah mengurniakan rezeki kepada kita semua," ujar David yang katanya harus beringat bahawa kepayahan perlu dilalui untuk menikmati kejayaan.

hi_01.2.jpg

SELEPAS 11 tahun, David Teo masih melakukan ritual yang sama iaitu berkongsi keuntungan dengan semua yang terlibat secara langsung bersama syarikat miliknya, Metrowelth Pictures

hi_01.3.jpg

REZEKI dikongsi bersama. Sebahagian kakitangan MIG dan artis-artis yang bernaung di bawah payung syarikat tersebut bergambar kenangan selepas berkongsi rezeki pemberian David

Bercerita mengenai kepulangannya ke kampung iaitu di Pekan Jabi, Segamat, Johor, ujar David setiap tahun perayaan ini jarang disambut secara besar-besaran dan hanya mengamalkan kesederhaan.

Apa yang penting bagi diri lelaki ini ialah restu dari bapa untuk mendoakan diri supaya murah rezeki setiap kali menjelang tahun baharu.

Walaupun boleh digelar jutawan, namun David tetap akan menerima wang angpau dari bapanya sekalipun ia tidak diberi dalam jumlah yang banyak. Sekali lagi dirinya menjelaskan, apa yang penting restu orang tua terhadap diri yang menjadi keutamaan diri.

"Walaupun keluarga besar, rumah bapa saya di sana sangat kecil kerana baginya ia merupakan rumah pusaka dan tidak ingin berpindah ke rumah yang lebih besar.

"Jadi kami akan berkumpul di rumah yang diperbuat dari papan itu dan setelah selesai sembahyang, kami akan menyambung kepada acara pemberian angpau," cerita David tentang ritual perayaannya setiap tahun yang tidak banyak berubah.

hi_01.4.jpg

BERBUAL mesra. David bersama sebahagian pengamal media yang hadir ke majlis kongsi rezeki baru-baru ini

Berlaku adil, hari kedua perayaan Tahun Baru Cina diteruskan pula ke rumah mertua yang terletak di Kampung Abdullah, Segamat yang terletak hanya empat kilometer dari rumah bapanya.

Bagi David, sebagai seorang anak dan menantu, berjumpa bapa dan kaum keluarga adalah merupakan tanggungjawab yang sangat penting tidak boleh diabaikan.
 
bguih dia nie, dan kalo convert Islam LAGI bguih
 
nak layan filem baru david 2012,
mesti kaw2 lagi,, :p
 
dia dok bg jgk kat org dibawah dia..yusuf bagi tak...ka bagi diam2 tk heboh mcm david kot
 
semakin kaya la cina bukit nih..
 
pak cik kayooo david ni....siap trget 100filem lg ni...
 
dia tak lokek..orang pun bersemangat nak bekerja bawah dia..
ni kalau kedekut,orang pun tak semangat..huhuh
 
kira untung la sapa keja dgn dia ni...
 
Back
Top
Log in Register