ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Hafsah (kanan) bersama Pengurus Negara ABX Express Ali Noordin dalam majlis perasmian SME Talk Series 2014 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
SEBANYAK 20 syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) sedia disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp) Datuk Hafsah Hashim berkata, syarikat PKS itu kebanyakannya dari sektor perkilangan, pendidikan dan perkhidmatan.
"Mereka ini menunjukkan minat dan bersedia mencari hala tuju baru untuk syarikat mereka. Mereka melalui proses pemilihan oleh SME Corp dan memperolehi taraf penaksiran antara empat dan lima bintang.
"Ini adalah salah satu inisiatif dalam membantu meningkatkan sasaran sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020 sebanyak 41 peratus," katanya ketika merasmikan majlis SME Talk Series 2014 di Kuala Lumpur, semalam.
Hafsah berkata, SME Corp bersama Bursa Malaysia dan Malaysia Industrial Development Finance (MIDF) akan bekerjasama dalam memberi bimbingan kepada syarikat PKS yang terlibat dalam persediaan untuk disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.
SME Talk Series 2014 merupakan program anjuran ABX Express (M) Sdn Bhd dengan kerjasama SME Corp dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan dunia perniagaan serta cara menangani cabaran global bagi syarikat PKS.