BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

20 peratus rebat tak diperlukan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SHAH ALAM - Lebih baik kerajaan tidak menaikkan kadar tol daripada memberi 20 peratus rebat untuk kepada pengguna kad Touch 'n Go.

Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Amir Baharuddin berkata, tidak semua pengguna mendapat rebat itu.

"Tetapi jika kadar tol sedia ada dikekalkan ia dapat dinikmati semua peringkat.

“(Dari) 20 ke 40 peratus adalah mainan nombor sahaja. Bagi rebat atau tidak sama sahaja. Apa yang penting sekarang ialah kerajaan jangan naikkan kadar tol.

“Kenaikan harga petrol (RON95) dan gula pun sudah cukup buat rakyat terbeban. Kalau dinaikkan kadar tol, semua barang akan naik lagi,” katanya.

Menurutnya, adalah baik jika kerajaan boleh bertahan untuk tidak menaikkan kadar tol memandangkan bebanan yang ditanggung rakyat semakin kritikal.

“Sekiranya tol naik, ia jadi seperti dominan harga apabila harga semua barangan akan dinaikkan pengusaha. Kalau mahu naikkan pun saya rasa bukan sekarang, " ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mengkaji semula perjanjian yang dibuat dengan syarikat konsesi supaya tidak membebankan rakyat.

“Mungkin sudah masanya kerajaan melihat kembali perjanjian yang dipersetujui bersama dengan syarikat konsesi supaya kadar tol tidak naik,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/20-peratus-rebat-tak-diperlukan-1.233817
 
patut diorang mudahkan utk tebus rebat tu macam diorang meluaskan promosi utk org beli touch n go...x blh ke diorang buat auto rebate tiap kali org topup..semua pakai sistem..rasanya xde masalah utk laksanakan..
 
Back
Top
Log in Register