hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,254
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,254
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
Esok, 20 Mac 2024 merupakan hari Ekuinoks Mac.
Apa yang anda perlu tahu :-
Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ? TIDAK.
Adakah siang dan malam sama panjang ? TIDAK.
Kenapa ? Jom baca.
Ekuinoks atau equinox adalah istilah yang berasal daripada dua perkataan latin iaitu
' aequus ' yang bermaksud ' sama ' dan ' nox ' yang bermaksud ' malam ' merupakan suatu peristiwa astronomi bilamana kedudukan Matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa iaitu suatu garis khayalan yang membahagikan Bumi menjadi dua bahagian (hemisfera utara dan selatan ) yang bernilai latitud 0 darjah.
Di dalam tempoh satu tahun masihi, Matahari akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac serta bulan September.
Mengikut takrifan astronomi, Ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac menandakan permulaan musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan manakala sebaliknya yang berlaku ketika Ekuinoks September.
Secara teknikalnya, Ekuinoks Mac 2024 ( Matahari tegak di atas Khatulistiwa ) akan berlaku pada jam 11:07 AM, 20 Mac 2024.
Bagaimana peristiwa Ekuinoks berlaku ?.
Untuk pengetahuan semua, Ekuinoks berlaku disebabkan paksi Bumi condong sekitar 23.5 darjah ketika mengorbit Matahari. Akibatnya, kedudukan Matahari tidak selalu berada di tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari. Ada kalanya Matahari akan berada tegak di atas khatulisi2a dan ada kalanya Matahari kelihatan sedikit ke utara atau sedikit ke selatan dari Khatulistiwa. Keadaan ini juga menyebabkan perubahan musim di Bumi.
Kedudukan Matahari berada paling jauh ke utara dari Khatulistiwa ( Latitud 23.5 darjah utara ) dikenali sebagai Solstis Jun manakala kedudukan Matahari paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa ( Latitud 23.5 darjah selatan ) dikenali sebagai Solstis Disember.
Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ?.
TIDAK !
Keadaan suhu semasa lebih dipengaruhi beberapa faktor seperti kadar hujan yang turun, corak tiupan angin serantau, faktor litupan awan di lokasi kita serta lain-lain faktor.
Mengikut rekod, ketika Ekuinoks berlaku, negara - negara di Khatulistiwa serta sekitarnya boleh mencatatkan kenaikkan suhu hanya beberapa darjah sahaja .
Kenaikan suhu hanya sekitar 1 ke 2 darjah celcius masih berada pada paras normal dan tidak akan memberi kesan yang begitu besar.
Suhu yang panas membahang di negara kita ketika ini disebabkan fasa akhir monsun timur laut serta dipengaruhi kesan El Nino.
Adakah siang dan malam sama panjang ?.
Secara teknikalnya TIDAK.
Matahari ketika dilihat dari Bumi adalah berbentuk seperti piringan dan bukannya satu titik tunggal cahaya .
Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas Matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar Matahari di langit dikira pada pusat piringan Matahari .
Ketika terbenam pula, walaupun pusat piringan Matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk, namun sisi atas Matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat, ia masih dikira waktu siang.
Selain itu, kesan pembiasan di atmosfera Bumi juga mempengaruhi pengiraan panjang waktu siang. Akibat pembiasan, Matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya Matahari sudah pun terbenam di bawah ufuk .
Jadi, apabila faktor Matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan di atmosfera diambil kira, waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam.
Imej menunjukkan perbezaan kedudukan garis terminator atau 'twilight zone' yang menjadi batas yang memisahkan kawasan siang dan malam ketika Ekuinoks dan Solstis .