BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 siswi tersembam dihimpit peragut.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Terengganu: Dua penuntut institusi pengajian tinggi cedera di badan dan retak tulang pipi selepas diragut dua penjenayah berhampiran restoran makanan segera di Gong Badak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa, Nur Hidayu Wahab, 21, dan rakannya, Fatima Idris, 21, menaiki motosikal Honda Wave dari asrama pusat pengajian menuju ke pasar raya di Gong Badak bagi membeli barangan untuk program mereka.

Malangnya, dua lelaki yang melihat beg tangan rakannya berada di dalam raga motosikal itu segera mengekori mangsa dari belakang.

Nur Hidayu berkata, dia dan rakannya tidak menyedari dua lelaki bermotosikal mengekori mereka ketika menuju pasar raya berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit menghimpit sebelum menyambar beg tangan rakannya di dalam raga motosikal.

"Kejadian itu terlalu pantas dan saya tidak sedar bagaimana beg tangan dilarikan sebelum pandangan saya terus gelap sebaik lelaki terbabit menghimpit motosikal dinaiki kami.

"Sebaik tersedar, ada orang menarik tangan saya ke tepi jalan bagi mengelak digilis kenderaan lain di tengah jalan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/node/4534

NUR Hidayu retak tulang pipi akibat diragut.


sembam.transformed.jpg
 
Jahanam peragut. Kalau ade hudud abeh la kau peragut
 
len kali kena beringat, jgn letak beg dlm raga moto
 
Macam mane la nak maju
Masih ramai keparat tak reti nak memajukan diri sendiri
Tau buat kerje jahat je
 
Standby parang dalam bakul
dia usik je terus tetak dengan parang...
 
jangan ingat boleh terlepas. tak kat dunia kat akhirat.
 
kalau ade teknologi nak je buat perangkap letak bom dlm beg pastu bila kena rembat tekan je punat utk letupkan hahahaha biar mampos terus peragut tu
 
jangan marah kalau peragut kena tibai sampai mati... ok ?
 
binatang betul peragut...xpikir nyawa orang lansung
 
Back
Top
Log in Register