BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 remaja ditemui mati dalam Myvi

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
kejut_1539179665.jpg

DUA remaja lelaki ditemui mati dalam Perodua Myvi di Kinabatangan, hari ini. FOTO Ihsan PDRM






DUA remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi di Kinabatangan, hari ini.

Kedua-dua mangsa ditemui penduduk dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk hadapan jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, penduduk yang curiga dengan keadaan kedua-dua mangsa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

“Ketika anggota polis tiba, enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bahagian kerusi hadapan dalam keadaan berbaring.

“Bagaimanapun, cubaan mengejutkan kedua-dua mangsa gagal apabila mereka langsung tidak memberikan sebarang tindak balas," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk membantu membuka pintu kenderaan berkenaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kinabatangan dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan terhadap mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat, dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.








sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/385334/dua-remaja-ditemui-mati-dalam-kereta






.
 
Disangka tidur, dua remaja dijumpai meninggal dunia di dalam kereta

Nk rehat tdo la kot..tingkap lak tup rapat
 
kenapa ni..

Carbon monoxide poisoning typically occurs from breathing in too much carbon monoxide (CO). Symptoms are often described as "flu-like" and commonly include headache, dizziness, weakness, vomiting, chest pain, and confusion. Large exposures can result in loss of consciousness, arrhythmias, seizures, or death.
 
Asalnya memang tido kot. Tapi tingkap tak buka sikit. Enjin hidup untuk pasang aircond.
 
ada kebocoran gas ekzos masuk kereta, mula2 ngantuk, last2 mampus

tu bahaya kalau on enjin, kereta tak gerak
 
kena bukak tingkap sikit kalau bukak aircond, mesti penat rehat tepi gas bocor jalan terus..alahai.
 
Back
Top
Log in Register