BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 pemburu harimau Sumatera ditangkap

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
16hmpoching_1494899517.jpg

ANGGOTA polis menunjukkan kulit harimau Sumatera yang dirampas daripada dua pemburu haram pada sidang media di Argamakmur, Bengkulu Utara kelmarin. - AFP

Bengkulu: Pihak berkuasa Indonesia menahan dua lelaki yang dipercayai pemburu haram dan merampas kulit dan tulang harimau Sumatera, antara spesies terancam, kata pegawai semalam.

Suspek yang dikenali sebagai Awaludin dan Sabian ditahan Sabtu lalu oleh polis dan renjer hutan di sebuah kampung di Bengkulu Utara di Sumatera Barat.

Tangkapan itu dibuat selepas penduduk kampung memberitahu suspek sering memburu haiwan dilindungi di taman negara Kerinci Seblat, yang dihuni hampir 150 harimau Sumatera .


Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Alam mengisytiharkan harimau Sumatera spesies sangat terancam dengan dianggarkan hanya 440 ekor masih hidup di hutan.

“Kami mengekori dua lelaki ini sepanjang hari sebelum menangkap mereka.

“Ketika ditahan mereka membawa kulit harimau dan tulang yang sudah diawet,” kata ketua taman negara, Arief Tongkagie.

Kedua-dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu masih ditahan dan disoal siasat polis.

Mereka berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah menurut undang-undang perlindungan haiwan terancam.

Polis juga masih menyiasat sama ada suspek terbabit dalam sindiket pemburuan haram lebih besar.

Aktiviti pemburuan haram adalah punca utama kejatuhan mendadak populasi harimau Sumatera.

Anggota badan haiwan itu mendapat permintaan tinggi untuk digunakan dalam perubatan tradisional. - AFP
 
dah berapa tahun jalan kan operasi memburu rimau?
 
kenapa mesti nak dapatkan anggota badan rimau untuk ubati penyakit?takde herba lain yang berkesan ke?
 
Back
Top
Log in Register