BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 jenazah ditemui masih sempurna

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_04.1.jpg


PONTIAN – Sekumpulan penduduk yang membantu kerja-kerja menggali se*mula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat di sini terperanjat besar apabila menemui dua jenazah yang tidak reput dan masih lagi sempurna.

Penghulu Mukim Serkat, Ros*lan Bohari berkata, salah satu jenazah yang digali semula untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baharu dari Permas ke Tanjung Piai di sini itu merupakan seorang warga emas yang dikenali sebagai Abdullah Ahmad.

“Abdullah merupakan bekas ketua kampung ini, dia meninggal dunia dua tahun lepas,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan umur arwah ketika dia meninggal termasuk punca kematiannya.

Roslan berkata, jasad Abdullah ditemui dalam keadaan baik yang mana mayatnya masih kelihatan se*perti hari pertama di*semadikan di tanah perkuburan itu.

Berdasarkan cakap-cakap orang kampung, Kosmo! difahamkan, semasa hayatnya, Allahyarham Abdullah dikenali sebagai seorang yang merendah diri, suka membantu orang tanpa mengharapkan balasan dan se*ring beriktikaf di masjid.

Dia juga dikatakan seorang yang suka menghabiskan waktunya dengan membaca ayat suci al-Quran.

Pun begitu, satu lagi jenazah yang digali semula yang masih sempurna tidak reput tidak dapat dikenal pasti.

Ketua Kampung Serkat yang tidak mahu namanya dinyatakan juga enggan mendedahkan sebarang maklumat.

Roslan berkata, secara ke*seluruhannya terdapat 106 buah kubur namun selepas penggalian selesai, pihaknya mendapati, jumlah bertambah kepada 109 buah kubur.

“Tiga jasad tambahan yang dibawa keluar tidak mempunyai batu nisan lagi,” ujarnya.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
 
subhanallah..
begitu skali dimuliakan jasad empunya diri..
hebat sungguh amalan semasa hidup
 
Bukti sudah ada...terpelihara sehingga hari kiamat...tapi masih ada pihak yg tak mau percaya kata-kataNya.
 
mulianya jenazah tu...:( mcm mana la akhir aku nnt..semoga dalam lindunganNYA
 
15178084_163097914156964_2966576265109436384_n.jpg

15056288_163097924156963_7621430199365466998_n.jpg

..
 
Back
Top
Log in Register