BTC USD 80,591.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Cedera Kereta Api, Lori Berlanggar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,849
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,849
Reaction score
7,756
Points
916
03.11.2023 - Sepuluh penumpang kereta api tidak cedera, manakala pemandu lokomotif luka di bahagian kaki dan pembantunya cedera di paha kanan. Seorang pemandu lokomotif dan pembantunya cedera selepas kereta api dikendalikan mereka melanggar sebuah lori muatan sawit di KM167.80 Jerantut-Kuala Krau dekat Kampung Pisang di Jerantut, semalam. Ketua Polis Jerantut, Azman Mat Kamis, berkata 10 penumpang kereta api itu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu lokomotif berumur 35 tahun luka di bahagian kaki dan pembantunya berumur 26 tahun cedera di paha kanan dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu. Beliau berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Jerantut menuju Gemas, Negeri Sembilan apabila sebuah lori tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan landasan yang menyebabkan kedua-duanya berlanggar.

“Akibat pelanggaran itu, cermin depan kereta api pecah, manakala lori berkenaan remuk dengan teruk,” katanya ketika dihubungi.

Pemandu lori itu dipercayai melarikan diri dan kes disiasat Keretapi Tanah Melayu Berhad mengikut Akta Keretapi 1991.
​
1699013187912.png
 
Back
Top
Log in Register