BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 beradik bertarung nyawa selamatkan ibu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

DUA lelaki ditahan polis selepas dipercayai menyamun satu keluarga di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Kuantan, Pahang, pagi kelmarin.​

KUANTAN 9 Mei – Keberanian dua lelaki adik-beradik di Felda Lepar Hilir 1, Gambang di sini berjaya menyelamatkan ibu mereka dan menghalang perbuatan tiga penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di tanah rancangan itu awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi tersebut, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu bergelut dengan tiga penjenayah berkenaan sebelum berjaya menangkap dua daripada mereka yang merupakan warganegara asing.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian itu bermula ketika tuan rumah yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 50-an terdengar bunyi ketukan pada bahagian dapur rumah.

“Wanita tersebut yang bertindak memeriksa punca bunyi tersebut menjerit sekuat hati apabila tiga orang lelaki yang tidak dikenali menerpa ke arahnya secara tiba-tiba dan jeritannya mengejutkan dua anak lelakinya yang sedang tidur.

“Kedua-dua anak mangsa bertindak berani dan bergelut dengan sekumpulan perompak tersebut yang bersenjatakan pisau dan pemutar skru untuk menyelamatkan ibu mereka sebelum berjaya menewaskan dua perompak berkenaan.

“Melihat keadaan tersebut, seorang lagi perompak melarikan diri menerusi pintu dapur meninggalkan dua orang rakannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, dua penjenayah berusia 38 dan 40 tahun diserahkan kepada polis yang tiba ke rumah mangsa 15 minit selepas kejadian dan kedua-duanya yang dipercayai warga Indonesia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kedua-dua anak mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan serta badan akibat pergelutan yang berlaku dan mereka dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk dirawat.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek menetap di Kuala Lumpur dan hanya datang ke daerah ini untuk melakukan jenayah sebelum pulang semula ke ibu negara,” jelasnya.

“Kami sedang menjalankan operasi khas untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan pihak polis yakin dapat menahannya dalam tempoh masa terdekat kerana dia dipercayai masih berada dalam kawasan berhampiran,” katanya.
 
bunuh je celaka2 ni! Bilalah nak laksana hukum syariah, senang potong tangan, biar satu dunia tahu muka celaka2 ni!
 
berita macam ni yg aku nak dgr...padan muka ko penyamun
 
Ada yang kata hukum potong tangan bagi pencuri tu kejam. Nanti tangan kudung susah nak cari makan.
Yang kata tu lebih rela mangsa kudung tangan kot..

In this case, syukur mangsa dan anak2 selamat
 
Ganas jugak anak diya... smpai berdarah mulot lagi sorang mesti nk tanggal telinga... mane yg lain x lari...
 
kasi Head Shot ja.. Biar yang lain ambil iktibar.
 
Pancung dikhalayak ramai... tgk reaksi pok jokowi nnt...
 
Alhamdulillah makcik & anak2 dia selamat..
baguslah at least 2 penyamun tu dpt tangkap...
 
Back
Top
Log in Register