BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MYB sasar buka 100 bengkel

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

NOH OMAR (tengah) dan Jamal Yunos (empat dari kiri) bersama peserta dalam program 1Malaysia Young Boys di Sekinchan, Selangor, semalam. BERNAMA​

SUNGAI BESAR 2 Mei – 1Malaysia Young Boys (1MYB) menyasarkan untuk membuka lebih 100 bengkel motosikal di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bagi memberi peluang pekerjaan kepada ahli-ahlinya.

Presidennya, Datuk Jamal Yunos berkata, ini adalah antara usaha 1MYB untuk membantu golongan muda yang tercicir, sekali gus mengelak mereka terjerumus ke kancah negatif.

Menurutnya, kelab tersebut kini mempunyai 67,000 ahli dan pihaknya menyasarkan memiliki sekurang-kurangnya 1 juta ahli dalam tempoh tiga tahun.

“Bengkel yang dikenali sebagai Kelab Bengkel and Port ini akan dilancarkan pada 17 Mei ini di Jalan Pahang sebelum diperluaskan melalui sistem francais melalui pemantauan pihak 1MYB.

“Kelab ini akan diuruskan sendiri oleh ahli dan turut akan dijadikan sebagai pusat latihan serta tempat berkumpul untuk merancang aktiviti lain,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran di Sekin Hotel and Resort di Sekinchan, dekat sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Noh Omar yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Noh dalam pada itu berkata, kerajaan tidak pernah melupakan golongan muda kerana 48 peratus daripada 27 juta penduduk negara ialah daripada golongan tersebut.

Katanya, penubuhan kelab seperti ini juga amat dialu-alukan kerana sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan golongan muda tidak terabai dan seterusnya menyumbang kepada negara.

“Sehubungan itu saya juga akan mencadangkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mempermudahkan pemilikan lesen memandu dalam kalangan golongan muda.

“Ini penting kerana ramai golongan ini memiliki motosikal tetapi tidak mempunyai lesen dan bagi saya menghukum bukanlah penyelesaiannya tetapi melalui pendidikan serta kempen kesedaran,” katanya.
 
Datuk Jamal Yunos bisnes ikan bakar beralih ke kedai motor? Superb... Melayu UMNO boleh belaka..... kipidap
 
Back
Top
Log in Register