BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1Malaysia F1 Team

jangan amik alex yoong :(scam:(scam
 
Pasukan 1Malaysia F1 Team sertai perlumbaan F1 tahun depan

15/09/2009 7:08pm

PUTRAJAYA 15 Sept. — Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata, projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Najib yang juga Menteri Kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata, tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.

“Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai sambil menambah kata projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

Najib berkata, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.

- BERNAMA

Menggunakan pemandu Malaysia kurang bijak, nampak sangat Najib nak guna platform F1 sebagai medium untuk mencari populariti politik.

Jika memang ada pemandu Malaysia, ok. Kalau takde, jangan dipaksa. Modal untuk main F1 bukan sikit. Duit yang lebur di kejuruteraan biar berbaloi. Jika tiada pemandu yang memang boleh menguji enjin dengan sebaik mungkin, buat apa main F1?

Orang lain masuk F1 sebab teknologi dan perniagaan.
 
go go BN...cadangan F1 ni sangat mengujakan :)):))

kami rakyat memang sedia berkorban wang ringgit demi keglameran negara kita
Wang Malaysia (dibelanja sesuka hati)
 
Aku musykil.Td kat berita ada kata, 6 pemandu telah di pilih sebagai calon termasuk dari luar negara. Dr luar negara tu rakyat Malaysia di luar negara or bukan rakyat Malaysia? Kalau bukan, 1 Malaysia pekebende?
 
Aku musykil.Td kat berita ada kata, 6 pemandu telah di pilih sebagai calon termasuk dari luar negara. Dr luar negara tu rakyat Malaysia di luar negara or bukan rakyat Malaysia? Kalau bukan, 1 Malaysia pekebende?

salah satu mungkin aku calon. baru dapat call tadi dari Pak Ajib:eek:
 
haha
berani btul najib nak gamble gi join formula1
dahla syarikat proton tu x kukuh sangat
kalau airasia tu boleh la buat pemasaran
tp kalau proton x ada hasil sangat sbb kereta yg proton keluarkan bukan bermutu sangat

apa2 pun kalau projek ni menjadi boleh kot syarikat yg sponsor tu bertambah maju

tp kalau prestasi x menentu
memang gulung tikar la
lagi2 dgn f1 skrg ni yg x berapa menentu sbb dgn masalah dalaman f1
 
Back
Top
Log in Register