BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

17 terbunuh terpijak periuk api

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pesawat awam pertama yang membawa pulang penduduk Yemen yang menyelamatkan diri dari konflik di negara itu, mendarat di Aden dari Djibouti, tiga hari lalu. AFP​

ADEN 8 Ogos – Sebanyak 17 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh orang lagi cedera apabila terpijak periuk api yang ditanam kumpulan pemberontak Houthi sebelum berundur dari wilayah Lahj, selatan Yemen.

Menurut sumber tentera, insiden itu berlaku semalam ketika kebanyakan orang awam pulang ke rumah termasuk di wilayah Huta.

Pemberontak yang disokong oleh Iran itu berundur selepas tentera Yemen yang setia kepada Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi merampas kembali sebahagian besar selatan negara ini daripada kawalan Houthi selepas pertempuran sengit beberapa hari lepas.

Penawanan semula Pangkalan Udara al-Anad itu merupakan perkembangan baharu buat penyokong Abdrabbuh selepas berjaya mengusir Houthi daripada bandar Aden pada bulan lalu.

Sementara itu, sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan nasional telah mendarat di Aden dari Djibouti dengan membawa 180 warga Yemen pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menurut Pengarah Lapangan Terbang, Tareq Abdu, selain itu, sebuah pesawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang tiba kelmarin turut membawa peralatan navigasi untuk memulihkan lapangan terbang yang sebahagiannya musnah dalam pertempuran. AFP
 
Malaysia masih aman, alhamdulillah.
 
pemberontak - iran support
kerajaan - arab saudi support
 
Back
Top
Log in Register