BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

............................................

setahu aku, si daaie ni ckp memang keras sket.bhs dia bleh thn jugak la...tp kalo member2 mungkin tak de nk amik hati sgt..tp kalo bhs kat org tua pun agak2 la...sekaya mana pun kita, please respect each other!

so TT, tak nk komen apa2?

saya setuju, mmg dia amat kurang bijak bab seminar atau public speaking, kurang beradab, betul tu. Kakak2/Makcik2/Pakcik2 yg jauh lbh tua dari dia ada kat barisan depan, dia sepatutnya hormat, cakap dgn sopan. Juga toksahlah dok ulang2 psl bapanya bekas penagih dadah, tak perlu, mungkin lbh mengaibkan orgtuanya, sekalipun itu suatu hakikat.
Harap sdra Daaie dpt baiki cara dan mutu penyampaian diprogram akan datang. Tak susah, baiki jer, jika ikhlas blh menerima teguran yg membina. Pandai, bijak berniaga tak semestinya pandai menyampaikan, buat presentation, training. Itu kena be +ve.
Psl puteraimpian ni, saya tak tahu siapa dia ni, kalau hanya pembantu Daaie, mintak jgn brcakap terlalu eksi, atau lbh2. Kalau komen para hadirin itu betul, jgnlah kata hanya 1% betul. Cuba lbh beradab dan lbh sopan.
Wallahu'alam.
 
jutawan la konon ... jutawan kuat kencing org sana sini ...setakat jual barang china yang pakai esok lusa cabut patah getah ...baik jual dadah !!
 
byk lak newbies comment nih??musykil aku.. hmm..
 
aku pon pegi seminar nie,tapi untuk aku sangat2 baik dan berguna.daaie punya bahasa memang bunyi kasar,tapi dia baik beb!!kau nie kecoh lah.kalau tak usaha,macam mana nak jadi jutawan.belajarlah dari jutawan kalau nak jadi jutawan.kalau kau tak puas hati,bukan macam nie caranya.face 2 face lah.nak berjaya,kena keluar modal.kencing pon ken bayar beb,niekan ilmu.kau nie memang perosak bangsa.

Uiii... kerasnyer bahase... sabar beb..:)
 
Maaf mencelah.
Melihat kpd prbincangan psl seminar/program 'jutawan tanpa modal' ni, saya rasa agak trpanggil utk beri testimoni, apa yg sebenarnya brlaku. Biasanya saya diam shj, lbh bnyk mendengar, membaca. Tapi rasanya tak adil kalau ianya nampak kurang betul tapi saya terus diam.

Bukan nak salahkan sesiapa, atau menuding jari kpd sesiapa. Hanya pandangan/realiti sebenar apa yg brlaku. Kalau salah mohon dimaafkan.

Apa yg dinyatakan oleh sdra lumba diatas hampir semua(kalau tak semua) benar. Kalau dikatakan hanya 1% betul, itu mmg tak betul.
Sdra Daaie mungkin bijak, hebat brniaga. Mungkin. Kita bg syak yg baik kpdnya. Cuma apa yg dikongsi semasa program itu adalah terlalu sedikit, dan memang bg kebanyakan yg hadir amat tidak berbaloi. Cuma saya, sebagai org lama, ambil secara positif. Sekalipun hanya 10% shj dari apa yg saya expect, saya reda dan terima dgn cara positif.

Beliau tidak ceritakan secara details cara2 menjadi jutawan tanpa modal, lbh bnyk cerita pasal guna gedebe/gengsters di sana, diikuti dgn sedikit program associates dan utk lock 5%-5% kpd yg menaja mereka yg cari org utk seminar/program beliau. Lepas tu Daaie ajak 'leaders' ini utk dtg ofis, bincang dan tengok ofis besar beliau. Suatu yg baik dan bermenafaat saya rasa. Itu shj.

Rata2 mereka yg hadir amat kecewa. Itu realiti yg sebenar, bukan buat2. Mungkin lain2 yg hadir blh bgtau. Dan mungkin sdra Daaie blh improve diprogram2 yg akan dtg, jika beliau ambil saranan saya secara positif. Kalau scale 1-10, secara ikhlasnya saya hanya bg 4 shj or 40%. Maaflah, tapi itulah yg saya ingin kongsikan bersama sdra2 semua demi kebaikan rakan2 kita yg belum hadir. KAlau sdra Daaie baiki mutu program akan datang, ianya lbh baik utk sdra2 semua. Maaf jika saya tersilap atau menyinggung perasaan/hati mana2 pihak demi kebenaran.
Wallahu'alam.

tak berbaloi...:mad::mad::mad::mad::mad:
 
jutawan la konon ... jutawan kuat kencing org sana sini ...setakat jual barang china yang pakai esok lusa cabut patah getah ...baik jual dadah !!

kerunai,mulut jangan bau longkang yea.jangan buat kecoh kat sini.
 
tau takpe.... pastu semua mengarah ke arah keburukan... nampak macam ada pakatan mejatuhkan di sini......

Jgn cepat menuduh ada pakatan menjatuhkan, tak baik. Kita hanya brsuara dan tegur secara positif. Kalau tak betul tlg perbetulkan. Sebaiknya kalau ada lg newbies yg attend program tu, bersuaralah. Kalau tak betul, perbetulkan. Mudah shj. Tak usah nak tuduh mcm2. Mmg program tu perlu pembaikan, improvement yg agak bnyk. Tapi kalau tak boleh ditegur, takpe, terima kasih atas perkongsian dan slmt brjaya..!
 
Jgn cepat menuduh ada pakatan menjatuhkan, tak baik. Kita hanya brsuara dan tegur secara positif. Kalau tak betul tlg perbetulkan. Sebaiknya kalau ada lg newbies yg attend program tu, bersuaralah. Kalau tak betul, perbetulkan. Mudah shj. Tak usah nak tuduh mcm2. Mmg program tu perlu pembaikan, improvement yg agak bnyk. Tapi kalau tak boleh ditegur, takpe, terima kasih atas perkongsian dan slmt brjaya..!

saya rasa rumah nie perlu di robohkan,.sebab benda macam nie boleh buat bergadoh.kita melayu sama melayu,tak kan nak bergadoh?orang asing tengok rumah nie,ketawa :eek::)):eek: guleng2 kat luar..macam mana melayu nak bersatu kalau macam nie?fikir2kanlah..kalau ada yang buat salah dan silap,mintaklah maaf.jangan kerohkan keadaan lagi.
 
Back
Top
Log in Register