kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
BERA, 29 Sept (Bernama) -- Sebanyak 14 rumah dan dua bangunan awam rosak dilanda ribut di rancangan Felda Sebertak, dekat sini.
Kejadian jam 3 petang semalam itu menyebabkan sebahagian besar rumah peneroka, balai raya dan sebuah tabika Kemas mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung.
"Kerugian setakat ini dianggarkan lebih RM15,000," kata Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku, katanya.
Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemayan, Fadzil Othman yang melawat kawasan berkenaan hari ini berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Bera dan pengurusan Felda sedang menjalankan bancian dan kajian terperinci untuk menentukan jumlah kerugian sebenar setiap mangsa dan bentuk bantuan yang akan disalurkan.
"Tiada mangsa yang berpindah dan kerajaan negeri juga telah berjanji akan memberikan bantuan kepada mangsa terbabit," katanya.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=442940