BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 ditahan, kes kemalangan diklasifikasi bunuh

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

13 ditahan, kes kemalangan diklasifikasi bunuh​

67d48865-rahaman-arsad-bernama-150125.jpg

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. (Gambar Bernama)

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, berkata Bilik Gerakan IPD Kulai menerima maklumat orang awam berhubung kemalangan jalan raya melibatkan kereta Perodua Myvi hitam di Lingkaran Bulatan Persiaran Indahpura 4 kira-kira 12.38 tengah malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu dipandu lelaki berumur 20 tahun bersama-sama empat penumpang, termasuk mangsa berusia 17 tahun.

“Semua mereka yang baru keluar makan malam dalam perjalanan dari Jalan Kenanga, Indahpura menuju ke rumah masing-masing sebelum kenderaan mangsa diekori beberapa kenderaan, termasuk sebuah Toyota Vellfire hitam.

“Apabila tiba di bulatan berkenaan, kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai dilanggar Toyota Vellfire terbabit sehingga terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam sidang media di IPK Johor, hari ini.

Rahaman berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa yang berada di kerusi hadapan penumpang tercampak keluar selepas pintu kereta rosak.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati mangsa kemudian dipercayai dilanggar oleh Toyota Vellfire berkenaan sebelum kenderaan itu melarikan diri, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat.

Susulan kejadian, polis menahan tujuh lelaki dan seorang remaja perempuan berusia 15 hingga 31 tahun dalam serbuan pertama di Johor Bahru dan Selangor antara 25 hingga 26 Ogos.

Lima lagi lelaki berumur 16 hingga 29 tahun ditahan pada 27 Ogos di sekitar Johor Bahru.

Rahaman berkata, semakan mendapati sembilan daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing kesemua 13 suspek adalah negatif dadah.

Polis turut merampas 12 telefon bimbit, sebuah kereta Kia Forte, van Toyota Vellfire, trak pikap Toyota Hilux, serta dua batang besi merangkumi cota dan besi besbol.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret membenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula 26 Ogos hingga 1 Sept bagi tujuh suspek, manakala seorang suspek direman dua hari bermula dari 27 hingga 28 Ogos.

Lima lagi suspek tangkapan susulan, katanya, dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini untuk permohonan reman.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki senjata dalam rusuhan, manakala Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor menjalankan siasatan selari di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan konflik keahlian antara dua kumpulan kongsi gelap di sekitar Johor Bahru, bagaimanapun motif sebenar masih dalam siasatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
 
Back
Top
Log in Register