BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 Cara Mudah Bangun Qiamullail

1000267328.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Tips berkesan bangun qiyamullail.

Dari al Aswad berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah r.anha tentang cara Nabi SAW melaksanakan solat malam. 'Aisyah r.anha menjawab: "Beliau tidur di awal malam dan bangun untuk solat di akhir malam dan bersolat, lalu beliau kembali ke tempat tidurnya. Bila mu'adzin sudah mengumandangkan azan, maka Beliau bersegera. Sekiranya waktu itu Beliau punya hajat (kepada isterinya), maka Beliau mandi. Jika tidak, maka Beliau hanya berwudhu' lalu keluar untuk solat".

Hadis Riwayat Bukhari
 
1000375798.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

BANGUN MALAM SEBAGAI SYUKUR ATAS NIKMAT YANG LUAS

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى حَتَّى انْتَفَخَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ أَتَكَلَّفُ هَذَا وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

📜Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah, sesungguhnya Nabi s.a.w solat hingga kedua kaki Baginda bengkak. Lalu dikatakan kepadanya: apakah engkau memaksakan hal ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa engkau yang telah lalu dan yang kemudian. Baginda menjawab: "Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang bersyukur?"

Hadis Riwayat Muslim

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000644376.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

“Solat yang paling utama selepas yang wajib ialah solat malam.”
(Riwayat Muslim)

Solat malam (qiyamullail) adalah amalan para solehin.
Kesunyian malam menjadi saksi rintihan hamba yang ikhlas mencari redha Allah.

✦ Saat semua tidur, dia bangkit dan sujud menyembah Tuhan.

Bangkitlah walau sekejap…
kerana sujud di malam hari, lebih berat timbangannya dari dunia dan segala isinya.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
Back
Top
Log in Register