BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 Cara Mudah Bangun Qiamullail

mosat_network

Active+ Member
Messages
3,598
Joined
Jan 13, 2011
Messages
3,598
Reaction score
398
Points
41
315411_265485313480303_194543897241112_1052665_947103_n.jpg


Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.
 
tersentuh hati baca..thanks TT..
 
semoga Allah memberkati kpd yg memberi dan yg menerima/amal..
 
Ana dah bangun untuk Qiamullai malam semalam, anda bila lagi?
 
IMG_20220624_084651_272.jpg

3 Tips Mudah Bangun Qiamullail

1. Ikhlaskan Niat - Sekiranya niat seseorang itu tulus, Allah SWT akan merezekikan padanya untuk bangun dan menunaikan ibadah pada waktu malam.

2. Jauhi Dosa dan Maksiat - Dosa-dosa dan maksiat adalah belenggu paling utama yang menghalang seseorang itu melakukan qiamullail.

3. Tidur Awal - Disiplinkan diri untuk tidur awal supaya tubuh segar untuk mengerjakan qiamullail.

Jangan lupa sertai Program Qiamullail Perdana bersama YB Menteri Agama pada 25 Jun 2022 (Sabtu) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajaya bermula jam 4.30 pagi.
 
nak bgn jam 3-4 pg tu sgt mncbr dgn kepenatan bekerja.
skang subuh awal dlm 5.50am...cuba bangun jam 5 rsnya sempat utk tahajjud,hajjat taubat , witir ,gosok baju kerja dan baju skolah anak sebelom masuk subuh...pastu try lah bgn 3-4 pg pula
istiqamah yg penting...(pesanan kepada diri sdri)
 
IMG_20230410_235945_097.jpg


Tiga Tips Mudah Bangun Qiamullail

1️⃣ Ikhlaskan Niat
2️⃣ Jauhi Dosa Dan Maksiat
3️⃣ Tidur Awal

Marilah kita berazam untuk bangun malam beribadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
#ramadanalfalah
#lailatulqadar
 
Back
Top
Log in Register