RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
"Diulit dengan hutang keliling pinggang dan hanya ada satu jalan keluar...dia perlu bermain 13 PERMAINAN MAUT yang akan menguji dan menentang naluri kemanusiaannya demi untuk memenangkan sejumlah duit bagi menyelesaikan hutang²nya
Filem bergenre #horror #psychology #thriller ini terdapat 2 versi, versi Thailand 2006 yang bertajuk "13 BELOVED" dan remake dari USA tahun 2014 bertajuk "13 Sin".
Chit (Krissada Sukosol) sedang mengalami depresi kerana kerjayanya telah hancur dipecat oleh majikannya, keretanya telah ditarik kerana tidak bayar selama 3 bulan. Senang cerita, Chit dihimpit hutang keliling pinggang.
Tiba-tiba Chit menerima satu panggilan telefon yang tidak dikenalinya tapi si pemanggil mengetahui semua latarbelakangnya dari A-Z. Pemanggil itu telah menawarkan dia untuk mengikuti satu permainan yang digelar 13 Beloved.
Namun Chit tidak mempercayainya sehinggalah si pemanggil itu menyuruh dia memukul mati seekor lalat menggunakan surat khabar yang ada di depannya ketika itu, jika Chit berjaya membunuh lalat yang sedang terbang mengelilinginya itu, Chit akan terus menerima 10ribu Baht dalam akaunnya. Chit berjaya membunuh lalat tersebut dan dia sangat terkejut apabila melihat akaunnya yang dari 500.13 kini menjadi 10,500.13 ribu Baht!
Setelah itu, si pemanggil misteri itu menawarkan 50ribu Baht untuk permainan kedua. Chit apa lagi kan
Permainan kedua ini Chit perlu makan lalat yang dia pukul hingga mati tadi guys
Tiba-tiba bunyi notifikasi phone masuk, “Kaching
Babak seterusnya adalah babak kemuncak filem ini. Untuk meneruskan permainan, Chit perlu melakukan 11 lagi cabaran dan kali ini hadiah duit berjumlah 100juta Baht bakal Chit terima sekiranya dia berjaya.
Woohoo
Yang pastinya, Chit bakal melakukan sesuatu yang akan menguji dan menentang naluri kemanusiaannya
Di sisi lain, ada sekumpulan manusia yang juga sedang memerhatikan Chit tanpa pengetahuan Chit. Rupa-rupanya, ini bukan sahaja permainan rahsia! Tapi ia telah dijadikan sebagai satu gelanggang pertarungan untuk dipertontonkan kepada segelintir manusia yang bertaruh atas Chit.
Mampukah Chit menyelesaikan kesemua cabaran tersebut?
Ia digarap dengan cukup baik sekali. Storyline pun seimbang, tidak lambat dan tidak terlalu cepat. Babak-babak yang mendebarkan dan mengerikan semua pun “ON POINT”
Online streaming.
credit : Aireen (FB)
Attachments
-
96.5 KB Views: 25