BTC USD 81,723.0 Gold USD 4,056.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 cara Google mengesan klik palsu adsense anda

dh ade org share tu rajin2 la baca..kalo rase ape yg korang buat skrang melanggar TOS, cepat2 la tinggalkn..(",)

pepun..good sharing
 
1. IP Address
Ini adalah cara yang paling mudah dan pasti diketahui oleh semua orang. Apabila klik di iklan - iklan laman web anda berasal dari alamat IP yang sama dari yang anda gunakan untuk mengakses akaun AdSense anda, akaun anda akan diselidiki. Jika pasti anda yang melakukannya, maka bersedialah untuk kehilangan akaun Adsense.

2. Click Through Rate (CTR)
Biasanya, CTR tidak melebihi 10%. Apabila sebaliknya, Google akan menandakan akaun anda. Sebagai rujukan, CTR normal biasanya berkisar antara 0.5% hingga 10%.

3. Lokasi Fizikal
Google memiliki teknologi pengesanan lokasi yang sempuna. Mereka mampu mengesan lalu lintas trafik di Internet hingga ke seluruh pelusuk bumi. Jadi, menggunakan banyak komputer yang memiliki alamat IP berlainan pun tidak akan memberikan apa-apa makna. Jadi, jangan mencuba untuk meng-klik iklan anda sendiri dari beberapa cybercafe yang berbeza-beza.

4. Cookies
Kebanyakan pemilik komputer di rumah tidak memiliki alamat IP statis untuk sambungan internet mereka. Di kebanyakan keadaan, hanya dengan memutuskan dan menghubungkan kembali modem anda akan mendapat alamat IP yang baru. Tetapi jangan lupa, Google telah menempatkan cookies di komputer anda. Mereka dapat mengesan cookies tersebut dan melihat apakah mereka datang dari sebuah komputer yang sama.

5. Pola Klik 1
Sangat menghairankan apabila pengunjung klik iklan dan mereka tidak tahu apa yang mereka buat dan meninggalkan laman web begitu sahaja(hit and run). Biasanya, pengunjung normal akan melihat - lihat sebentar di dalam laman web anda dan barulah mereka klik iklan yang menarik.

6. Pola Klik 2
Mengapa komputer / alamat IP / orang ini senang untuk meng-klik iklan di laman web yang ini tetapi tidak pernah meng-klik iklan di laman web lain? Maksudnya sudah tentu anda sendiri yang klik iklan anda.

7. Pola Klik 3
Mengapa pengunjung ini boleh mengakses laman web ini secara terus (dari bookmark atau menaip URL langsung dari browser)dan sangat cepat untuk meng-klik iklan berbanding pengunjung lain yang datang dari search engine atau laman web yang lain?

8. Jasa Google Lain
Selain AdSense, Google juga menyediakan berbagai perkhidmatan kepada kita. Jangan sangka bahawa anda terlepas hanya kerana anda tidak masuk ke dalam akaun AdSense anda dan klik iklan anda sendiri. Perkhidmatan lain apa yang Google sediakan untuk kita? Beberapa contohnya: Gmail, Google Earth, Google Calendar, Google Search, Google Toolbar, Google Talk, Google Sitemap, Google Desktop, Blogger atau bahkan YouTube yang baru dibeli Google.

9. Rangking search engine
Jika laman web anda tidak di-index oleh search engine apapun, tidak memiliki link dari laman web besar lainnya, akan tetapi mengapa anda terus mendapat trafik yang tinggi? Bagaimana caranya pengunjung dapat menemukan laman web anda dan melihat iklan anda? Hal ini akan membuat Google curiga.

10. Reka Bentuk laman web
Meletakkan kata-kata seperti “Sila klik di link di bawah ini” atau “dapatkan duit dengan meng-klik iklan ini”? Kata-kata seperti ini melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Google. Google dapat menggunakan search engine mereka, atau menggunakan kaki tangan mereka untuk memeriksa laman web anda dari waktu ke waktu.

11. Conversion rate pengiklan
Mungkin saja pengunjung akan klik iklan di web anda. Akan tetapi apakah klik ini membuahkan hasil untuk para pengiklan? Apabila tidak ada klik di web anda yang memberikan hasil kepada para pengiklan, anda akan mendapat masalah besar. Pertama, fungsi Smart-Pricing Google akan aktif, kemudian mereka akan menamatkan akaun AdSense anda.

Demikianlah beberapa perkara di lakukan oleh GOOGLE yang boleh mengesan klik palsu dari laman web anda.

Bagus Bagus..:D Dan melalui Google jugak laling tahu anda telah meng COPY & PASTE dari sumber asal tanpa beri some credit doh..:))

Ok2. Credit kepada penulis
http://earncent.com/blog/

:)cgrock
 
Ni ade beberape soklan nk tanye pasal invalid click tu. Majority internet users are from teens kan? and most of them staying in universiti. Each universiti provide 1 ip address to each of the hostels in which consists about 500 students per hostel..means 1 ip address yg dishare oleh ramai users..So cmane google nk differentiate invalid click tu?If pakai cookies..cmane ngan org yg xpnah delete cookies tp click ads anda brulang2 kali sbb die mmg tk tau ape2..cmane tu yer
 
Hi Mirruss Good Question dalam hal ni ia memakai Rule NO.5, 6 & 7
5. Pola Klik 1
Sangat menghairankan apabila pengunjung klik iklan dan mereka tidak tahu apa yang mereka buat dan meninggalkan laman web begitu sahaja(hit and run). Biasanya, pengunjung normal akan melihat - lihat sebentar di dalam laman web anda dan barulah mereka klik iklan yang menarik.

6. Pola Klik 2
Mengapa komputer / alamat IP / orang ini senang untuk meng-klik iklan di laman web yang ini tetapi tidak pernah meng-klik iklan di laman web lain? Maksudnya sudah tentu anda sendiri yang klik iklan anda.

7. Pola Klik 3
Mengapa pengunjung ini boleh mengakses laman web ini secara terus (dari bookmark atau menaip URL langsung dari browser)dan sangat cepat untuk meng-klik iklan berbanding pengunjung lain yang datang dari search engine atau laman web yang lain?
= web anda traffic adalah ciput takde langsung index dalam SE google mahupun yahoo..base pada keyword blog anda tu didapati nak jumpa blog anda kena pergi page 7800 baru jumpa bukan di page pertama google..:p Masalahnya ada klik 30 kat situ errmmm...kantoi:))

Asasnya direct traffic bila taip URL blog anda kat browser tentunya blog anda tu popular atau visitor nak tahu dari youtube video anda yg best tu then..they go.

So utamakan traffic anda yg organic natural datang dari carian search engine...Sure akaun GA anda selamat..Belajarlah SEO sebagus mungkin:)
 
wah... tQ sbb kongsi ilmu nih dgn ahli CG yang lain... baru lah haku paham sket2... sblm nih penah gak AHIB0205 ajar... paham tp sekarg lg la paham...

credit2 kpd tuan tanah

=)
 
info ni memang menarik. ada yang langsung aku x tau :D walaupun aku
x berapa terrer pasal adsense, tapi aku tau le sedikit sebanyak
dia punya terms.

tapi, mmg diakui sejak smart pricing dikenakan ke atas penduduk
bumi pd hr ni menjejas kan jugak adsense aku... aku bleh dpt
satu klik USD0.01 sampai le USD0.30 je. Cissssssssssss...........

kalau sbelum smart pricing dulu, paling tinggi aku boleh dapat utk
satu klik bleh cecah USD2.80 - USD1.50. tapi skg ni x lagi :D

aku cuma ada 2 blog je. setiap blog aku cuma letak 2 je adsense.
skg ni aku x tumpukan adsense sgt. aku dah beralih arah ke
program lain; mcm widgetbucks & clickbank.

dah x bleh harapkan adsense je skg ni :D

apa² pun info yg ko open ni mmg menarik. sedikit sebanyak
menambahkan input untuk diri aku :D

Terima Kasehhhhhhhhhhhh!!!
 
Back
Top
Log in Register