BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11,169 aduan GST diterima

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SEBERANG PERAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merekodkan sebanyak 11,169 aduan daripada pengguna di negara ini sejak perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April lalu sehingga kelmarin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jumlah aduan yang diterima adalah menerusi aplikasi Ez-ADU yang dilancarkan Khamis lalu, portal e-Aduan, laman sosial Facebook dan Twitter.

Menurutnya, hasil analisa harian juga mendapati aduan mengenai kenaikan harga barangan atau perkhidmatan adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 2,247 aduan setakat 18 April lalu. Bernama
 
tak cukup banyak lagi tu. rakyat masih menerima baik gst
kata menteri.
 
Back
Top
Log in Register