BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai 10 tempat paling panas di dunia

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
10+Tempat+Paling+Panas+di+Dunia.jpg


Malaysia merupakan negara yang biasa dengan cuaca panas. Namun rupanya ada tempat-tempat terpanas di dunia ini yang memiliki suhu sangat tinggi. Di manakah ia? Huffington Post menyenaraikan sepuluh tempat paling panas untuk anda ketahui, ikuti berikutnya.....

10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia+-+Dallol,+Ethiopia.jpg


Dallol terkenal sebagai tempat paling panas didunia. Kenapa? sebab suhu udara di sana setiap hari boleh mencapai 106 darjah Fahrenheit atau 41 darjah Celsius.

2. Wadi Halfa, Sudan


10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Wadi+Halfa,+Sudan.jpg


Wadi Halfa di Sudan yang berdekatan dengan Mesir juga termasuk tempat terpanas didunia kerana suhu udara di sana mencapai 127 darjah Fahrenheit atau setara dengan 52 darjah Celsius.

3. Death Valley, California

10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Death+Valley,+California.jpg


Daerah di California ini merupakan padang gurun dengan suhu 56 darjah Celsius. Namun kemudian Badan Meteorologi Dunia memperbetulkan dan info terbaru kini Death Valley bersuhu 57 darjah Celsius.

4. Lut Desert, Iran


10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Lut+Desert,+Iran.jpg


Kalau di Iran, Gurun Lut adalah tempat yang ditabalkan menjadi salah satu lokasi terpanas dunia. Bayangkan saja, suhunya mencapai 70 darjah Celsius.

5. Tirat Tsvi, Israel


10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Tirat+Tsvi,+Israel.png



Tirat Tsvi merupakan sebuah kota di Israel. Tempat ini disebut yang terpanas di Asia kerana memiliki suhu 129 darjah Fahrenheit atau setara dengan 53 darjah Celsius.

6. Timbuktu, Mali

10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Timbuktu,+Mali.jpg



Ada pula Timbuktu di Mali yang tidak kalah panasnya dengan daerah lain yang sudah disebutkan sebelumnya. Cuba teka berapa suhu udara di sini? Sekitar 130 darjah Fahrenheit atau 54 darjah Celsius! Fuhhh...!!


7. Queensland, Australia

10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Queensland,+Australia.jpg


Perhitungan tempat terpanas sedunia dengan menggunakan bantuan satelit juga menyebutkan Queensland, Australia, sebagai salah satu area yang paling panas. Lojiknya, di sini suhu udara boleh mencapai 68 darjah Celsius.


8. Turfan, China

10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Turfan,+China.jpg


Turfan ada di wilayah Xianjiang di China. Di sana sangat panas. Anda mungkin tidak boleh membayangkannya kerana suhu udara di Turfan boleh mencapai 50 darjah Celsius.

9. Kebili, Tunisia


10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Kebili,+Tunisia.jpg


Di Tunisia, daerah terpanas di sana sekaligus sedunia ada di Kebili. Setiap harinya, suhu di Kebili mencapai 131 darjah Fahrenheit atau setara dengan 55 darjah Celsius.


10. Ghadames, Libya

10+Tempat+Paling+Panas+Di+Dunia-Ghadames,+Libya.jpg


Terakhir, tempat terpanas sejagat boleh ditemukan di Ghadames, Libya. Sama seperti di Kebili, Ghadames memiliki suhu tertinggi sehingga 131 darjah Fahrenheit atau setara dengan 55 darjah Celsius.
 
Panasnya, kat tempat aku cuaca 35 celcius pun dah berbahang panasnya #:-S .
Sekarang ni Alhamdulillah hujan baru turun.
 
skang kul 9pagi pun dah terik rasa sengat die kena kulit
 
sekarang mmg panas kaw2..

bumi dah nk expired la tu
 
Tempat paling 'panas' adelah tempat kiraan undi PRU
Suasane yg amat 'panas' sampai mampu menyebabkan ramai org histeria dan hilang kawalan emosi
Kesannye bukan hanye sehari, tapi sepanjang 5 taon sehingge PRU seterusnye
Kehangatan nye dapat dirasai hingge ke dade akhbar, radio, internet dan warong pak mail
 
gila ah, tak dapat bayangkan sape je yg sanggup hidup kat tempat mcm tu.
 
Back
Top
Log in Register