BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 sekeluarga dirakam curi susu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA: Sekumpulan 10 lelaki dan wanita dipercayai daripada satu keluarga mencuri pelbagai susu formula berjenama dalam peket dan tin bernilai lebih RM1,600 dari sebuah kedai menjual ubat di Taman Cheng Baru, dekat sini.

Mereka dipercayai sudah lama melakukan perbuatan itu berdasarkan gerak-geri mereka walaupun premis berkenaan di Jalan Cheng Baru 1, di sini, dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Pemilik kedai, Robert Chong, 48, berkata kejadian berlaku jam 5.25 petang, Selasa lalu, ketika dia dan anaknya berniaga dalam kedai.

Katanya, dia mulanya tidak mengetahui perbuatan kumpulan itu sebelum meneliti CCTV dan terperanjat melihat taktik digunakan kumpulan itu yang begitu licik memperdayakannya.


“Ketika kejadian, saya dan anak lelaki bekerja sebelum datang seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli lampin pakai buang sebelum muncul rakan lelakinya juga mahu membeli barangan sama.


“Tidak lama kemudian, muncul enam wanita dan dua lelaki lain masuk dalam kedai kononnya mahu membeli pelbagai barang.


“Saya tidak sedap hati apabila ternampak dua lelaki mencurigakan keluar dari kedai lalu menyuruh anak mengejar mereka, tetapi gagal,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu yang ketiga berlaku di kedainya sejak mula berniaga lebih setahun lalu. “Selepas memeriksa rakaman CCTV, saya dapati 13 susu formula termasuk 11 tin berharga lebih RM129 lesap,” katanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10sekeluargadirakamcurisusu/Article/index_html
 
plan baekk punye..
kalo ramai2 serbu mcm ni mmg susah nak tangkap...
 
apa la motif diorang nak curi susu...banyak2 benda nak curi...susu yang dipilih...hahaha
 
mknn anak tu..sanggup ka bg brg curi..apa punya bapak daa
 
kes camni penah terjadi kat cwangan kerja den ni...
mmg target susu mahal2..
2 bulan lepas...kampeni den rugi 8k...bawak lari susu punya pasal..
 
Susu mahal lak tu. Rasanya bukan bagi anak, ntah2 jual balik
 
biase yg msuk kdai ramai² ni bangse asing je..plan dlm otak mmg nk merompak pye...
kt tmpt aku tu aku dgr beras tlur pn die rmbat demi sesuap ns...
 
biase yg msuk kdai ramai² ni bangse asing je..plan dlm otak mmg nk merompak pye...
kt tmpt aku tu aku dgr beras tlur pn die rmbat demi sesuap ns...

Okla die rembat sendiri makan...ni rembat tolak pulak kt yg lain...2kali haram dia dapat
 
krajaan patut murahkn susu ank, bru xde kecurian lg......
 
xde org leh tempek cctv tu ker? nk gak tengok camne diaorang wat
 
Back
Top
Log in Register