BTC USD 81,800.9 Gold USD 4,015.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 pendaki terbunuh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TOKYO 17 Julai - Sekurang- kurangnya 10 orang pendaki terbunuh di pergunungan utara Jepun hari ini akibat cuaca buruk.

Sembilan terbunuh ketika mendaki gunung Tomuraushi di Hokkaido, kata jurucakap polis tempatan, Masafumi Yamasaki.

Seorang lagi wanita pula terbunuh ketika mendaki gunung lain di Hokkaido.

Keadaan cuaca di gunung Tomuraushi pada ketinggian 2,141 meter menjadi sangat buruk semalam dengan tiupan angin yang kuat serta hujan lebat.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, suhu di kawasan pergunungan itu juga adalah rendah daripada biasa.

Sebelum ini, polis menyatakan seorang pendaki telah hilang di pergunungan Tomuraushi, tetapi telah diselamatkan.

Agensi Akhbar Kyodo melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pendaki berusia pertengahan tahun. - AP
 
Back
Top
Log in Register