BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 jam matikan 'rantai bom'

Cybernet

Fun Poster
Messages
149
Joined
Sep 26, 2010
Messages
149
Reaction score
17
Points
25
du_02.1.jpg

MADELEINE PULVER baring di atas
sebuah pengusung beroda di
sebuah hospital
di Sydney kelmarin untuk
diperiksa oleh doktor.



SYDNEY, Australia - Seorang lelaki
bertopeng yang merantai bom
palsu pada leher seorang gadis
dan meninggalkan nota tebusan
selepas dia menceroboh
kediaman sebuah keluarga kaya di sini dipercayai cuba melakukan
peras ugut, kata polis semalam.

Dalam senario mirip adegan filem
cemas Hollywood, skuad
pemusnah bom kelmarin
mengambil masa 10 jam untuk
mematikan bom yang dipasang
pada leher gadis tersebut, Madeleine Pulver.

Madeleine, 18, tidak cedera
manakala polis kemudian
mendapati bom tersebut tidak
mengandungi bahan letupan.

Seorang pegawai polis tempatan,
Luke Moore berkata, satu nota
peras ugut dilekatkan pada bom
itu.

Dia bagaimanapun enggan
mendedahkan kandungan mesej
ugutan tersebut.

"Kami mengklasifikasikan kes ini
sebagai percubaan memeras
ugut yang serius," kata Moore.

Drama itu bermula tengah hari
kelmarin di kawasan penempatan
elit Mosman di sini apabila
keluarga Madeleine menghubungi
polis dengan menyatakan, anak
perempuan mereka diserang dan terdapat alat ganjil yang
dilekatkan pada mangsa.

Polis yang dibantu skuad
pemusnah bom, beberapa
detektif dan perunding tebusan
kemudian bergegas ke lokasi
kejadian.

Kediaman-kediaman sekitarnya
dikosongkan, beberapa jalan
berhampiran ditutup manakala
petugas bomba dan perubatan
bersiap sedia menghadapi
sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Selepas Madeleine dibebaskan,
dia memberitahu polis bahawa
seorang lelaki bertopeng
memecah masuk ke kediaman
mereka dan menangkapnya
semasa dia berada di dapur.

Remaja itu berkata, lelaki
terbabit memaksa dia untuk
tidak bergerak semasa
memasang bom palsu itu pada
lehernya.

Penyerang itu kemudian
melarikan diri.

Madeleine kemudian dihantar ke
sebuah hospital untuk diperiksa.

Bapa Madeleine merupakan
Ketua Pegawai Eksekutif di
sebuah syarikat teknologi
maklumat.
 
10 jam matikan xkan unit tu xtau tu bom palsu?

kira hebat jugak la pemeras ugut tu dapat tipu unit bom
 
seb bek bom palsu..
lau x jd kes mcm C4..
 
gile cuak walau palsu
 
msti anggta unit pmsnh bom tu benggang gile kna tipu hdup2..hehe..10jam tu..lma giler..mau lumpuh minah tu mnggu..hehe
 
1. sungguh lambat press malaysia ni. cerita ni dalam pukul 2 pagi semalam lagi dah ada.

2. ketua polis sydney kata diorang apa-apa hal menganggap benda tu bom betul sebab tak nak buat silap.

3. punya cuak, nota tuntutan tu yang terselit kat rantai, diorang tak tarik pun nota tu keluar sebab takut ada helah. Polis tak mau benda tu meletup sebab nota tu.

4. penculik tu kata "takpe, boleh beritahu polis".

5. bapak minah tu antara terkaya kat Australia.
 
Penculik tu mungkin banyak sangat tengok filem.
Bagus juga amek langkah berhati-hati at least x de la nyawa yg melayang.
 
Back
Top
Log in Register