BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 jalan paling mencabar di dunia

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
Tak ada yang lebih bermakna apabila memandu dengan keadaan yang tenang sambil melihat matahari terbenam dan mendengar muzik. Namun ada juga yang hamper jatuh apabila melalui jalan di tebing curam.

Jalan-jalan yang bahaya di seluruh dunia ini akan membuatkan adrenalin anda laju atau sekurang-kurangnya memberi pandangan yang tak pernah ada rasa sebelum ini. Ada jalan yang hanya ada sehari dan keesokannya hilang. Apa yang pasti ikat tali pinggang keledar anda sebelum berangkat ke mana mana jalan ini.

#1. Zoji La, India

images


Jalan 5.6 batu ini menghubungkan Ladakh dan Kashmir dan merupakan jalan kedua tertinggi di lebuh raya Srinagar –Leh pada 11.575 kaki.

#2. Transfagarasan, Romania

images


Jalan ini di antara dua puncak tertinggi Romania

#3. Dalton Highway, Alaska
images


James W. Dalton Highway mendapat nama dari rancangan televisyen popular Ice Road Truckers dan terdiri daripada jalan raya 414 batu tandus dengan hanya 3 kampung kecil sepanjang jalan.

#4. Khardung La, India

images


Dikatakan jalan motorsikal tertinggi di dunia, sebenarnya terdapat beberapa jalan lain yang lebih tinggi. Walaupun begitu, pada 17.582 kaki, Khardung La boleh dikatakan berada di langit.

#5. Guoliang Tunner, China

images


Jalan melalui pergunungan Taihang dibina penduduk setempat. Sehingga tahun 1972 jalan yang terpahat ke dalam batu itu seolah olah hubungan antara Kampung Guoliang dan dunia luar. Mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan terowong 1200 meter iaitu kira kira 5 meter tinggi dan 4 meter lebar.

#6. Passage du Gois, France

images


Tambak ini merupakan 2.7 batu panjang yang hanya boleh dilalui beberapa jam sehari. Selebihnya, ia tenggelam di Atlantik oleh air pasang

#7. Tianmen Mountain Road, China

images


6.8 batu jalan ini mempunyai 99 selekoh untuk sampai ke puncak gunung itu.

8. col de la Bonette, France

images


Terletak di ketinggian 8907 kaki di Alps Perancis, berhampiran sempadan Itali

#9. Gotthard Pass, Switzerland

images


Jalan ini menghubungkan Uri dan Ticino di Switzerland

#10. Caucus Mountain Road, Russia

images


Jalan yang sempit dari Sochi ke Tasik Ritsa di pergunungan Caucasus

Sumber: mashable.com
 
idok ler teman nak lalu situ.. naik janda baik pon da muntah2.. hahaha
 
Gotthard Pass, Col de la Bonette dan Tianmen Mountain Road sedap main drift ni .. Passage du Gois tu pergi Syurga ke ape .. :D

ada lagi satu jalan paling mencabar, Pikes Peak Hill Climb kat Colorado .. diorang guna kereta ubahsuai untuk naik dengan kelajuan tinggi dengan masa yang singkat .. teringat masa main GT2

 
Back
Top
Log in Register