BTC USD 81,647.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Ayat Pertama Surah Kahfi

samesame

Active+ Member
gem
Messages
4,547
Joined
Sep 8, 2011
Messages
4,547
Reaction score
1,241
Points
111
Hadis diriwayat oleh Imam Muslim, Abu Daud dan Nasai,

"Barang siapa yang hafal sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, dipelihara dari fitnah dajjal".

Terjemahaannya:

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi 18:1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (Al-Kahfi 18:2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Al-Kahfi 18:4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi 18:5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi 18:6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi 18:7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi 18:8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi 18:9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Al-Kahfi 18:10)

Ustaz kata bukan sahaja dihafal tapi kena faham maksud ayat-ayat diatas dan ditunjukan cara bagaimana nak selamat dari fitnah dajjal.

Cara-caranya:

1)Kita mesti berpegang dengan sesungguhnya dgn Quran yg sebagai petunjuk dari Allah dan jangan menentang walau satu ayat dan dibalas dengan syurga. Sebagaimana pemuda itu mempertahankan tauhidnya pd Allah.
2)Kita mesti mengasingkan diri dari hiruk pikuk masyarakat seperti tidak pergi kemajlis yang melalaikan atau majlis hiburan. Sebagaimana pemuda itu lari ke gua.
3)Kita mesti putuskan segala punca hiburan seperti melalui TV, majalah hiburan kerana inilah saluran besar kerosakan manusia. Sebagaimana pemuda itu memutuskan segala hiburan dgn mengasingkan diri ke gua
4)Kita mesti mohon petunjuk dari Allah atas keselamatan Iman kita sebab taufik dan hidayat hanya kepunyaan Allah seperti dalam ayat yg ke-10.

Itulah maksud menghafal 10 ayat pertama boleh menghindar dari fitnah dajjal.
 
tq tt.. psni nk cr la huraian ustaz surah ni. syahdu rs..
 
hafal 10 ayat first nih.. dan dawamkan (biasakan) sebiasa-biasanya sampai sebati dalam jiwa.. sampai setiap kali baca surah ni rasa berdenyut2 bawah kulit...

Niat Ikhlas kerana Allah swt.

Insya'Allah nanti kalau ada ujian keimanan... senang cerita.. bila timbul isu mana haq mana batil.. hampa (yg amal) boleh nampak benda2 best menakjubkan luar pemikiran manusia kalah filem graphic CGI paling gempak sekalipun yg akan jadi asbab bagi petunjuk yg mana syurga tipu dan yang mana syurga betul..

amalkan insya'Allah.. Allah akan selamatkan waktu tu. :) :D :D :D
 
hafal 10 ayat first nih.. dan dawamkan (biasakan) sebiasa-biasanya sampai sebati dalam jiwa.. sampai setiap kali baca surah ni rasa berdenyut2 bawah kulit... :D :D

rasa berdenyut bawah kulit tu mcm mn?
 
Tapi Syeikh Imran Husain dalam bukunya sarankan kita tinggal di celah bukit atau pendalaman.
 
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat” (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an:
“Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya” (HR. Ibnu Katsir)

Disini dapat disimpulkan bahawa:

1. Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat adalah Sunnah Rasulullah SAW.

2. Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, InsyaAllah dengan izin Allah dapat menghindari diri dari fitnah Al-dajjal selama 8 hari. Bermakna kalau dibaca setiap Jumaat, InsyaAllah kita akan dilindungi dari Al-Dajjal setiap masa.

bagaimana pula dgn amalan membaca surah yasin setiap jumaat? adakah bid'ah? saya biarkn anda utk menjwbnya....

“Tidaklah suatu kaum melakukan suatu perkara yang diada-adakan dalam urusan agama mereka (bid’ah) melainkan Allah akan mencabut suatu sunnah yang semisal dari lingkungan mereka. Allah tidak akan mengembalikan sunnah itu kepada mereka sampai kiamat” (Lammud Durril Mantsur, hal. 21)
 
Agak-agak boleh tak kalau kita hidup tanpa astro/TV??
 
Back
Top
Log in Register