BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10-15%permonth

Apsal aku tak tau nih walaupun aku CIMB UT? Sah-sah berita liar nih.... Fitnah semata-mata.... Aku tak bersalah.... :))
 
KENYATAAN AKHBAR

1. Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.


2. SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


3. SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.


4. Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-


No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: [email protected]


SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J,

PUSAT BANDAR DAMANSARA,

50608 KUALA LUMPUR


---

ini citer koperasi... pesal nie citer UT lak gamaknya... :(scam
 
tapi lakan..
ada tak UT yang bayo dividen bulanan..
"saya yang tak berape tahu"
 
macam-macam sekarang nih....org kita gak yang terperangkapnya....semua nak mudah...nak return cepat...nak goyang kaki jer...kenapa la org kita nih....
 
Back
Top
Log in Register