Vondereich
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,951
- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 23,951
- Reaction score
- 951
- Points
- 176
1 ramadhan 2012 tu bulan berapa, bukan bulan 12 la den check kat kalender.. 
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


taubatlah sebelum kiamat
lambat lagi tu.. masih byk masa utk "enjoy".. #:-S
HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di
bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau
menjawab:
"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam
Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur,
menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari
pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika
kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah
kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah
lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga
kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka
bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci
Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana
barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang
tidak melakukan hal itu akan binasa".
Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada
umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya,
hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong
jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya,
diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang
mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang
mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin
menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya
juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan
dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi
tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama
dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan
propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia.
tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah
ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari
kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk
menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda
kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua
tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya
menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
Wallahualam..
lambat lagi tu.. masih byk masa utk "enjoy".. #:-S