BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1.2 tan marijuana bernilai 3 bilion dirampas

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Polis Jakarta Barat merampas kira-kira 1.2 tan marijuana dalam satu serbuan ke atas sebuah trak di Kalideres baru-baru ini.

JAKARTA - Polis Jakarta Barat berjaya merampas 1.2 tan marijuana bernilai tiga bilion rupiah (RM837,463) yang diseludup dari Aceh untuk sambutan Tahun Baharu nanti.

Portal berita tempo.co melaporkan Ketua Polis Jakarta Barat, Senior Komisioner Fadil Imran berkata, dadah berkenaan dihantar dari Aceh untuk diedarkan di sekitar kawasan Jakarta.

Beliau berkata, unit antidadah polis menerima maklumat menunjukkan sebuah trak di Kalideres membawa bahan terlarang.

“Selepas memeriksa trak itu, polis hampir tertipu kerana dadah berkenaan disembunyikan di dalam papan lapis.

“Hasil pemeriksaan trak yang lebih teliti telah membawa kepada penemuan marijuana itu,’’ katanya.

Fadil berkata, pemandu trak berkenaan kini ditahan.

“Trak berkenaan bergerak dari Aceh dua minggu lalu dan menggunakan jalan darat bagi mengelak daripada dikesan.

“Bekalan marijuana itu sepatutnya digunakan untuk sambutan Tahun Baharu ini,’’ katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...rijuana-dirampas-1.41284#sthash.tqI3JXB4.dpuf
 
perghh....baik punye stock ni....

tapi dari dulu brg aceh ni cam hampeh....(kata org bukan aku kata)
 
Back
Top
Log in Register