BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,130 pil psikotropik dirampas

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Erika George

[email protected]
PIL psikotropik yang dirampas. FOTO ihsan polis
PIL psikotropik yang dirampas. FOTO ihsan polis





Mukah: Lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah selepas memiliki 1,130 pil psikotropik dianggarkan bernilai RM2,260 di belakang terminal bas di Jalan Setiaraja, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, hasil maklumat serta risikan, polis menahan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan botol plastik dalam bungkusan putih yang mengandungi 1,130 pil psikotropik.

Muhamad Rizal berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah sejak awal Januari 2021 hingga sekarang.

"Suspek juga mengaku mendapatkan bekalan dadah melalui kurier dengan menggunakan perkhidmatan bas," katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia negatif jenis dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya
 
Back
Top
Log in Register