BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,121 remaja berkahwin awal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


GAMBAR majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan, 15 dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, pada November 2014 yang dimuat naik oleh pasangan itu di laman Facebook. Mereka adalah antara remaja Malaysia yang berkahwin pada usia belasan tahun.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,121 remaja di negara ini yang berusia bawah 16 tahun telah mengemukakan permohonan untuk berkahwin kepada pihak berwajib sepanjang tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 827 permohonan perkahwinan diterima daripada remaja beragama Islam manakala Majlis Istiadat Sarawak pula merekodkan sebanyak 294 permohonan bagi tahun yang sama.

Kosmo! difahamkan, kebanyakan mereka yang mahu berkahwin bawah umur ini merupakan gadis sunti.

“Di Malaysia, perundangan perkahwinan adalah di bawah undang-undang keluarga yang ditadbir secara berasi*ngan bagi mereka yang beragama Islam dan bukan Islam,” kata beliau ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) me*ngenai jumlah perkahwinan membabitkan warganegara yang belum mencapai umur 16 tahun di Dewan Rak*yat semalam.

Nie Ching juga mahu kementerian me*nyatakan langkah-langkah untuk melarang perkahwinan bawah umur memandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.
 
bagus le kawin daripada buat maksiat patu buang anak...
 
remaja zaman sekarang bukan macam remaja zaman dahulu lebih advance dalam semua hal sehingga budak2 yang sekolah rendah pun dah pandai dan banyak kejadian rogol sama ada secara paksa atau suka sama suka. Ada juga baiknya kawin awal2 elakan maksiat dam pembuangan bayi disamping itu ibubapa harus juga membimbing anak2 yang kawin awal ni maklumlah darah muda masih mentah lagi terutamanya dalam melalui alam rumahtangga yang banyak cabarannya.
 
bagus kawin awal.. yg risikonya ekonomi keluarga tak stabil lagi, dan tentu masih menumpang rumah orang tua.
start bila bini dah start demand nak itu ini.. kemungkinan besar jadi kes cerai berai.
 
bagus kawin awal.. yg risikonya ekonomi keluarga tak stabil lagi, dan tentu masih menumpang rumah orang tua.
start bila bini dah start demand nak itu ini.. kemungkinan besar jadi kes cerai berai.


Yang dah kawin lama pun ramai yang bercerai inikan yang kawin pada usia muda lagilah....lepas ni bertambah lagi kes cerai berai
 
aiseh..
sesak pejabat nikah kawen nnti...
 
Back
Top
Log in Register