BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🏆⚽ Liga Futsal Kebangsaan 2019 - Mula 24 Feb

Football Association of Malaysia (Official)

Di60J5JUYAAGPJe.jpg


Di60KivUcAAFPqw.jpg

Jadual Liga Futsal Kebangsaan 2018 | Sabtu 28 Julai & Ahad 29 Julai 2018

Saingan hujung minggu ini menampilkan 10 perlawanan Kategori Lelaki & 8 perlawanan Kategori Wanita di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam

Carta liga di https://bit.ly/2udD3OZ

#FAM #HarimauMalaya #LFK2018
 
Football Association of Malaysia (Official)

37953393_1760194064077350_456265405330096128_n.jpg

Keputusan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2018 (Kategori Wanita)

Hari Perlawanan 10 | Ahad, 29 Julai 2018
PDRM 4-1 Sarawak
Perak 2-6 Negeri Sembilan
Selangor United MPSJ 1-0 Sabah
KL Imigresen 0-5 Felda United
#FAM #HarimauMalaya #LFK2018
 
Football Association of Malaysia (Official)

37956639_1760356267394463_3317032057636388864_n.jpg

Keputusan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2018 (Kategori Lelaki)

Hari Perlawanan 12 | Ahad, 29 Julai 2018

Felda United 4-3 Pahang
Selangor United MPSJ 4-4 KL City
Kuantan Rangers 1-0 Perak
Pulau Pinang MBPP 6-4 Kuala Lumpur
Terengganu 3-8 Melaka
#FAM #HarimauMalaya #LFK2018
 
FUTSAL_PERLIS___AHMAD_AMIZAL_SHAIFIT_1547723436.jpg

Perlis 'borong' 19 pemain futsal kebangsaan


KUALA LUMPUR: Skuad futsal Perlis tampak serius untuk mencabar kejuaraan Liga Futsal Profesional Malaysia tahun ini selepas memborong 19 pemain kebangsaan.

Jumlah itu membabitkan sembilan pemain lelaki dan 10 wanita yang akan menjadi taruhan skuad Singa Utara dalam usaha Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) melakukan transformasi pasukan futsal mereka.

Malah Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie meletakkan sasaran untuk muncul juara dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita pada liga kali ini.

Beliau turut menjelaskan skuad futsal lelaki dan wanita Perlis akan mengharungi persiapan pramusim di Uzbekistan.

“Insya-Allah pramusim itu akan diadakan bulan depan, tapi kami mesti lengkapkan barisan pemain. Cuma jangan pula kata kami berbelanja besar.

“Uzbekistan kami ada kerjasama di sana, nanti orang salah faham. Kami juga ada kerjasama dengan Indonesia, memang perancangan kami nak bawa skuad futsal jalani latihan di Indonesia selain Uzbekistan,” katanya pada sidang media memperkenalkan skuad futsal Perlis, hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Amizal turut mengesahkan syarikat barangan sukan Joma sebagai penaja skuad futsal Perlis dengan jumlah tajaan kira-kira RM50,000 semusim.

Antara pemain kebangsaan yang menyertai skuad futsal lelaki Perlis adalah Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Mohd Azwan Ismail dan Saiful Nizam Mohd Ali manakala skuad wanita pula diperkuatkan dengan Intan Sarah Anisah Zulgafli, Hanis Farhana Shamsul Azizan dan Siti Asnidah Zamri.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/413232/perlis-borong-19-pemain-futsal-kebangsaan
 
Back
Top
Log in Register