Okay ke melihat progres Arsenal di UCL?
Dalam berlaku adil, mari kita tengok dulu rekod Arsenal sejak kembali ke UCL:
i) 2023/24 – quarter final
ii) 2024/25 – semi final
iii) 2025/26 – final
Jika melihat kepada rekod ini, memang tidak boleh dinafikan bahawa Arsenal menunjukkan peningkatan dari musim ke musim.
Dari quarter final, ke semi final, kemudian berjaya melangkah ke pentas final buat kali pertama selepas 20 tahun.
Jadi, kalau ada penyokong Arsenal yang tampil rasa berpuas hati dengan perkembangan pasukan ini, ia sesuatu yang wajar dan kita pun rasa tak salah.
Sebab membina sebuah pasukan yang mampu bersaing secara konsisten di peringkat tertinggi Eropah bukanlah proses yang boleh berlaku dalam satu malam.
Namun begitu, pada masa yang sama, standard untuk dianggap sebagai sebuah pasukan hebat sudah tentu adalah dengan memenangi trofi.
Lebih-lebih lagi kalau anda sudah sampai ke final.
Dalam konteks ini, kena baca UCL.
Maka, di sini ada dilema yang sedang dihadapi Arsenal.
Mereka hampir untuk mencapai kejuaraan.
Tetapi, dalam bola sepak, ‘hampir menang’ dan ‘sudah menang’ ini dua perkara yang agak lain walau dengan dekat sama.
Tadi, mereka tewas kepada PSG menerusi penentuan penalti.
Pendekatan yang pragmatik dan menjadi, cuma ia tak cukup, dan Arsenal perlu lebih dari itu.
Musim-musim yang akan datang nanti orang tak akan bercakap lagi tentang progres.
Arsenal sudah berada pada satu tahap untuk teruskan konsistensi mereka dan kemudian buktikan sesuatu dengan apa yang mereka belum pernah dapat.
Kena ingat juga, tiada siapa yang akan mengenang berlebihan sebuah pasukan yang berada di tempat kedua.
Itu sifat dalam kehidupan.