BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya terperangkap dalam karakter, tak tidur 48 jam’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Saya terperangkap dalam karakter, tak tidur 48 jam’​

IMG-20260517-WA0005.jpg

KESAN penghayatan watak, Fasha tidak boleh tidur malam selama dua hari.

‘Saya terperangkap dalam karakter, tak tidur 48 jam’ PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha mengakui ‘kehilangannya’ selama beberapa hari dari gelanggang media sosial terutama Instagram (IG) berpunca daripada penghayatan melampau satu watak misteri.

Pada masa sama, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, juga mengakui tidak dapat tidur selama dua hari kesan watak terbabit.

“Saya terperangkap dalam karakter berat ini.

“Sebab itu diam beberapa hari tanpa InstaStory, memang gila.

“Tiada tidur 48 jam,” katanya dalam InstaStory.

Selain itu, pelakon drama Rampas Cintaku itu memaklumkan watak naskah terkininya sangat berat sehingga memerlukannya menjiwai dengan penuh emosi.

“Sedang memahami, perlahan-lahan tukar karakter daripada Ustazah Ayuni kepada Mariana.

“Cuba mendalami,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Fasha tidak memperincikan tajuk naskhah tersebut yang dipercayai terbitan Radius One Sdn. Bhd.

Menerusi hantaran InstaStory yang lain, Fasha turut berkongsi satu babak sedang menangis sambil mendukung bayi.

Sebelum ini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Puteri Kembang Malam dengan memegang watak Ustazah Ayuni. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Fasha ni gigih betul, sampai tak tidur tu. Tapi jaga la kesihatan sikit, nanti terembes kat IG buat rindu2. Kalau betul character best, tak payah sampai tahap zombie kot. Balik2 geng2 insta pun risau. 😏

 
Back
Top
Log in Register