kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Hubungan Anna Jobling dan ibunya dikenali sebagai Ariz kini dilaporkan dingin.
‘Saya reda masuk penjara..’ – Hubungan Anna Jobling, ibu dingin? PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendakwa anak kesayangannya itu memfailkan perintah injunksi terhadap dirinya.
Mendakwa kecewa dengan layanan yang diterima, Ariz tidak kisah sekiranya terpaksa dipenjara selain menyerahkan segala ujian yang dihadapi kepada ketentuan Allah SWT.
“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu.
“Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri dan bergadai nyawa nak besarkan awak.
“Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda saja. Allah SWT ada, Allah Maha Adil,” katanya menerusi hantaran InstaStory.
Dalam hantaran sama, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut menunjukkan keadaan tangannya yang kelihatan kemerahan akibat mengetuk cermin pintu selepas dikunci daripada dalam kenderaan.
“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, saya jadi panik tiada pilihan.
“Allah ada, Allah tak tidur,” ujarnya lagi.
Dia juga turut berkongsi keadaan dirinya yang sedang menangis ketika berada di balai polis.
Hasil pemerhatian Kosmo!, Anna juga tidak lagi mengikuti ibunya dalam Instagram sekali gus menguatkan spekulasi hubungan mereka kini dalam keadaan dingin. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoii.. drama juga keluarga dorang ni, cuba chill2 sikit. Ariz, mungkin boleh bertenang dan cuba selesaikan dengan elok2. Nampak kat IG Anna mcm happy je, entah2 dia pun stress jugak.
'Saya reda masuk penjara..' - Hubungan Anna Jobling, ibu dingin?
Tiada angin tiada ribut, ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendakwa anaknya memfailkan perintah injunksi terhadapnya.
www.kosmo.com.my