BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya impi pasangan hidup lemah lembut, sopan santun’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-03-04-at-11.34.57-AM.jpeg

AMIR berkata pegangan agamanya juga menjadi asas pembentukan akhlak kerana daripadanya lahir sikap menghormati serta adab terpuji dalam perhubungan.

‘Saya impi pasangan hidup lemah lembut, sopan santun’" PETALING JAYA – Tidak terlalu memilih soal rupa atau latar belakang, pelakon Amir Ahnaf mengakui keutamaannya dalam mencari pasangan hidup terletak pada akhlak dan kelembutan peribadi.

Ujar Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 26, dua sifat utama seperti lemah-lembut serta sopan santun menjadi tunjang penilaiannya terhadap jodoh yang dicari.

“Baik, cantik dan comel itu bonus. Bagi saya paling penting sifat lemah-lembut dan sopan santun.

“Kalau ada dua sifat ini, secara tidak langsung hadir juga nilai kebaikan lain seperti hormat-menghormati serta budi pekerti mulia,” katanya dalam TikTok.

Tambah bintang filem Kahar: Kapla High Council itu, wanita bersikap lembut lazimnya mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan termasuk ketika bersama keluarga dan sahabat.

Malah baginya, pegangan agamanya juga menjadi asas pembentukan akhlak kerana daripadanya lahir sikap menghormati serta adab terpuji dalam perhubungan.

“Bila ada sopan santun dan kelembutan, dia mampu hormat saya, hormat ibu bapa saya serta rakan-rakan.

“Tak kisah siapa pun yang saya perkenalkan, dia boleh bawa diri dengan baik. Itu sangat penting.

“Tunjang utama untuk lemah-lembut dan sopan santun ialah agama. Bila agama dijaga, akhlak juga terpelihara,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan aktor muda berkenaan dan menyifatkan kenyataan itu matang untuk lelaki seusianya.

“Jarang dengar lelaki muda bercakap tentang akhlak begini. Semoga jumpa jodoh terbaik,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Setuju, rupa boleh pudar tapi adab kekal selamanya,” komen netizen.

Pun begitu, ada juga yang berseloroh menganggap ciri tersebut sukar ditemui dalam zaman serba moden. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Ala Amir ni, impian besar nak pasangan sopan, lembut. Zaman skrg mana la nak jumpa senang2 dgn ciri tu. Nanti tengok IG dia pulak rajin gym, mana tau sembang2 sikit kt gym pun jadi jodoh kan? 😏

 
Back
Top
Log in Register