BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Jangan jadi artis glamor tetapi tidak berilmu’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Jangan jadi artis glamor tetapi tidak berilmu’​

fd081ea5-91fe-4854-a297-d3b00cb55c65.jpeg


‘Jangan jadi artis glamor tetapi tidak berilmu’" KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Awie masih kekal dengan prinsipnya ingin anak lelakinya, Putra Ahmad Merrah meletakkan pelajaran sebagai keutamaan ketika ini berbanding kerjaya nyanyian.

Sedar populariti yang diraih Merrah, 19, ketika ini, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, berkata, dia bukan sengaja mahu mengatur kehidupan sebaliknya mahu memastikan anaknya menjadi artis yang berilmu.

“Saya bukan mahu memutuskan kerjaya seni Merrah, dia masih boleh main gitar, drum, menyanyi dan berlakon.

“Itu memang kehendak dia tetapi perkara pertama yang saya mahukan daripada dia ialah pelajaran, fokus pada pengajian.

“Bila sudah tamat belajar, saya nantikan ‘daddy, ini sijil (ijazah)’. Jangan jadi artis yang glamor, ada nama tetapi tidak berilmu,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media Konsert 3 Veto di sini, semalam.

Katanya, Merrah juga sudah menabur janji kepadanya untuk mengurangkan aktiviti seni bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran.

Dia bahkan mahu Merrah menjadikan kejayaan kakak-kakaknya dalam bidang akademik sebagai inspirasi.

“Pada bulan puasa lalu jadual seni dia paling sibuk dengan undangan persembahan tetapi dia berjanji akan berhenti sekejap, kurangkan mana yang boleh (jadual nyanyian).

“Saya tak sekat, kalau ada undangan hujung minggu, masih boleh lagi. Dua minggu atau sebulan dua kali okeylah, cuma jangan terlalu padat sehingga abaikan pelajaran.

“Saya nak Merrah berjaya macam kakak-kakak dia. Insya-Allah dia pun sudah berjanji, jadi saya pegang janji itu,” ujarnya.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan untuk melibatkan Merrah dalam kumpulan Wings seperti selaku vokalis, Awie memberitahu tidak pernah terfikir mengenai hal tersebut.

“Belum lagi dan tidak terfikir pun tentang perkara itu.

“Paling utama sekarang ialah kehidupan dia, belajar dan jadi orang yang elok kemudian barulah fikir langkah seterusnya,” jelasnya.

Tambah vokalis kumpulan Wings itu, dia enggan melihat anak-anaknya mengulangi semua yang sudah dilaluinya dulu termasuk menjalani kehidupan susah.

“Jangan ikut langkah saya sebab saya melalui proses yang susah. Saya tak nak anak-anak melalui proses yang sama.

“Sekarang zaman moden dan teknologi, zaman semua orang ada sijil dan pelajaran. Kita kena hidup dalam keadaan sekarang, jadilah bijak dan orang akan nampak kita mahal.

“Namun, saya bukan menidakkan ataupun memperlekehkan kehidupan orang lain. Cuma saya nak anak-anak guna kesempatan yang ada ketika ini sebaik mungkin, pelajaran diutamakan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Merrah dalam satu temu bual bersama Kosmo! memberitahu Awie tidak pernah menghalang dia untuk menyanyi namun bertegas untuk melihatnya mempunyai masa depan dan berjaya dalam pelajaran. – KOSMO! ONLINE
==============================
Fuh, nasihat bapak yang patut Merrah dengar. Nyanyi-nyanyi pun, pelajaran jangan letak tepi tau! Kalau tengok IG Merrah, macam fokus nyanyi je. Harap-harap dia ikut cakap bapak dia, jangan malas-malas lah. 😉

 
Back
Top
Log in Register