BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Cuma buat video TikTok bersama, kami tidak tinggal serumah’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
model-kekasih.jpg

MODEL Nia Antasha menafikan dakwaan ramainya kononnya dia tinggal serumah dengan kekasihnya, pelakon Sky Iskandar.

‘Cuma buat video TikTok bersama, kami tidak tinggal serumah’" KUALA LUMPUR – Tidak berasas, pelakon baharu juga model, Nia Atasha menafikan dakwaan kononnya tinggal sebumbung bersama kekasihnya, selepas tular video mereka berdua-duaan di dalam sebuah rumah.

Menurut Nia atau nama sebenarnya Nia Atasha Rosli, 30, kehadiran lelaki terbabit di kediamannya hanya sekadar untuk menghasilkan kandungan media sosial dan bukan seperti diperkatakan.

“Tidak, kami tidak serumah. Dalam video itu memang dia berada di rumah saya sebab kami buat TikTok bersama, itu sahaja.

“Saya nak jelaskan, kami memang tidak tinggal bersama. Kalau ada apa-apa pun, kami hanya tinggal setaman. Rumah dia dekat sahaja, tiada apa-apa pun,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas kecaman netizen, wanita yang turut dikenali sebagai Sleepylllama itu memilih untuk tidak melatah, malah menganggap segala dakwaan tersebut sekadar spekulasi tanpa asas.

“Biasalah, orang suka mencetuskan cerita. Tapi saya dan Sky jenis tidak ambil kisah sebab perkara itu tidak benar.

“Jadi saya tidak rasa perlu buat penjelasan panjang. Orang nak fikir apa, terpulang. Kami tahu perkara sebenar,” ujarnya pada sidang media pelancaran filem Kata Hati, di sini, semalam.

Dalam masa sama, Nia mengakui sudah lali berdepan komen negatif sejak awal pembabitannya dalam dunia peragaan, sekali gus tidak mudah terkesan dengan tohmahan sebegitu.

“Saya tidak rimas sebab sudah biasa. Sejak zaman modelling lagi memang sudah hadap macam-macam komen.

“Impak negatif pun tidak lama. Dalam seminggu sahaja, selepas itu semua kembali seperti biasa. Saya teruskan kerja seperti biasa,” tuturnya.

Terdahulu, video memperlihatkan Nia dan pelakon Sky Iskandar berada di dalam sebuah rumah mencetuskan tanda tanya ramai sehingga timbul spekulasi kononnya mereka bersekedudukan.

Untuk rekod, pasangan tersebut pernah mengakui sedang menjalin hubungan cinta sejak tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Alaa, Nia ni suka2 je buat drama kan? 🤭 Dekat IG, asyik post gambar jalan2, chill je macam tak kisah orang cakap apa. Adore je tengok pasangan ni buat TikTok suka2, comel je! 😄

 
Back
Top
Log in Register