TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
View attachment Untitled-design-2022-12-26T074847.807.webp
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata beliau akan terus ‘membunuh’ bola sepak Malaysia, dan pada masa yang sama akan terus memastikan JDT melangkah ke hadapan.
Kenyataan yang lebih kepada kiasan itu dilakukan melalui sebuah hantaran di media sosial pada lewat malam tadi.
“Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak boleh terima kenyataan kejayaan kami,” tulis TMJ.
“Tetapi hanya segelintir sahaja bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun ALLAH kurniakan kejayaan.
View attachment TMJ6.webp
“Yang penting sentiasa ada perkembangan dan tak kena ‘scam’ setiap tahun dengan pemimpin kelab anda.
“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia qualifird Asian Cup pemain JDT yang berhempas pulas.
“Oleh demikian, sama macam statement saya dahulu yang saya akan terus ‘membunuh’ bola sepak Malaysia.
“Hari ini saya berjanji akan terus beli pemain-pemain hebat dalam negara, dan hanya lepaskan mereka untuk join pasukan kebangsan dalam kalendar FIFA sahaja.
“Sekian terima kasih. Now, pergi memekak dan cuba buat sesuatu.”
Kenyataan TMJ ini mungkin kedengaran seperti kasar. Hakikatnya TMJ adalah satu-satunya individu dan pemimpin bola sepak di negara ini yang berjuang mempertahankan hak pemain sebagai seorang atlet profesional.
Sejak beberapa musim lalu lagi, TMJ dan JDT adalah pemimpin dan kelab yang tidak pernah mengabaikan kebajikan pemain. Untuk pemilihan pemain ke Piala AFF Mitsubishi Elektrik, TMJ berkata:
“Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.
“Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih, main semenjak bulan Januari.
View attachment 29c81b32-1bcf-44a7-979d-0a537e42d56f.webp
“Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu.
“Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan.
“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan. Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,” katanya.
Komen tersebut datang daripada TMJ susulan 11 pemain JDT menolak panggilan Ketua Jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat untuk kejohanan tersebut sejak November lalu.
grandstandkita.net

Maksud sebenar TMJ

'Borong Semua Pemain Terbaik Negara' - TMJ Tekad Terus 'Bunuh' Bola Sepak Malaysia - Grandstand Kita
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata beliau akan terus 'membunuh'
grandstandkita.net