Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.60 mata atau 0.45 peratus kepada 1,688.12 daripada 1,680.52 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 10.44 mata lebih tinggi kepada 1,690.96 sebelum bergerak antara 1,686.06 hingga 1,694.16 sepanjang dagangan hari ini.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 663 berbanding 455, manakala 537 kaunter tidak berubah, 1,061 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah...