BTC USD 82,355.0 Gold USD 4,164.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih kukuh, disokong oleh belian semasa harga rendah yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna dan perindustrian. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.37 mata atau 0.49 peratus kepada 1,691.44 daripada 1,683.07 ketika ditutup pada Jumaat. Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti umum Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan cuti gantian Hari Wesak. Indeks petunjuk pasaran yang dibuka meningkat 4.06 mata kepada 1,687.13 diniagakan antara 1,679.12 dan 1,693.09 semasa sesi pagi. Walaupun FBM KLCI meningkat, sentimen...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini seiring prestasi pasaran tunai pendasar. Pada 10.15 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat 19.5 mata kepada 1,699.5, Julai 2026 naik 21.5 mata kepada 1,701.5, September 2026 menokok 18.0 mata kepada 1,680.0 dan Disember 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,676.0. Jumlah dagangan sebanyak 5,496 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,793 kontrak. Pada 10.22 pagi, indeks FBM KLCI naik 7.37 mata kepada 1,690.44 berbanding 1,683.07 ketika ditutup pada Jumaat. Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin (1 Jun) dan Selasa (2 Jun), masing-masing sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Harga Rendah, Kenaikan Wall Street
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Harga Rendah, Kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu apabila pelabur mengambil peluang membeli saham pada harga rendah selepas penutupan pasaran yang panjang minggu lepas, selain disokong sentimen positif susulan kenaikan Wall Street semalaman. Pada 9.33 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.34 mata atau 0.31 peratus kepada 1,688.41 berbanding 1,683.07 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks utama itu dibuka 4.06 mata lebih tinggi pada 1,687.13. Bursa Malaysia ditutup pada Isnin (1 Jun) dan Selasa (2 Jun) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan cuti gantian Hari Wesak. Sentimen pasaran keseluruhannya negatif...
Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat. Bursa Malaysia akan ditutup pada Isnin, 1 Jun dan Selasa, 2 Jun bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan cuti gantian Hari Wesak. Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 3 Jun. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peserta pasaran dijangka terus memberi perhatian terhadap perkembangan di Asia Barat, terutamanya sebarang kemajuan dalam perbincangan antara Amerika Syarikat dan Iran. “Walaupun aktiviti belian saham pada harga rendah mungkin memberi sokongan kepada...
Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan menurun disebabkan pelabur menilai perkembangan sekitar konflik Asia Barat dalam persekitaran minggu dagangan yang singkat. Bursa Malaysia akan ditutup pada Isnin, 1 Jun dan Selasa, 2 Jun bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta cuti gantian Hari Wesak. Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 3 Jun Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pelabur dijangka memantau perkembangan di Asia Barat terutamanya sebarang kemajuan dalam rundingan...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan turun naik harga tenaga, kata seorang peniaga. Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata harga MSM bercampur-campur apabila pemain pasaran menjejaki pergerakan dalam pasaran tenaga. Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2026 naik RM8 kepada RM4,470 satu tan, Julai 2026 dan Ogos 2026 susut RM2, masing-masing kepada RM4,503 and RM4,535 setan Kontrak September 2026 meningkat RM1 kepada RM4,561 satu tan, October 2026 menokok RM5 kepada RM4,590 setan dan November 2026 melonjak RM9 kepada RM4,620 satu tan. Jumlah dagangan menambah kepada 76,012 lot...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai yang lemah. Kontrak Mei 2026 susut 7.0 mata kepada 1,684.0, Jun 2026 merosot 11.0 mata kepada 1,680.0, September 2026 turun 10.5 mata kepada 1,662.0 dan Disember 2026 menguncup 10.0 mata kepada 1,664.50. Jumlah dagangan berkurangan kepada 18,199 lot berbanding 43,753 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 53,784 kontrak daripada 80,295 kontrak sebelumnya. Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.86 mata kepada 1,683.07 daripada paras 1,684.93 ketika ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2562840
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saat Akhir
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saat Akhir Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikal awal ditutup rendah pada Jumaat berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah ketika pelabur mula berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pasaran. Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.86 mata atau 0.11 peratus kepada 1,683.07 daripada 1,684.93 semasa ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras itu dibuka 3.25 mata lebih tinggi kepada 1,688.18 sebelum bergerak antara 1,680.59 hingga 1,694.65 sepanjang dagangan. Bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 680 berbanding 512, manakala...
Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh berikutan belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta kewangan. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.61 mata atau 0.33 peratus kepada 1,690.54 daripada 1,684.93 semasa ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.25 mata kepada 1,688.18 dan bergerak antara 1,686.93 dan 1,694.65 pada sesi dagangan pagi. Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 569 berbanding 450 manakala 492...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Bursa Malaysia mengakhiri penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila sentimen pelabur lebih baik susulan ketegangan geopolitik yang mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 5.47 mata atau 0.33 peratus kepada 1,690.40 daripada 1,684.93 semasa ditutup pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.25 mata kepada 1,688.18. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 214 berbanding 141 manakala 268 kaunter tidak berubah, 2,019 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 163.28 juta saham bernilai RM148.67 juta. Naib...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat sejajar dengan kadar asas pasaran tunai. Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026 dan Jun 2026, masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,694.50 dan 1,694.50, September 2026 naik 2.5 mata kepada 1,675.0 dan Disember 2026 menokok 2.0 mata kepada 1,676.50. Jumlah dagangan sebanyak 2,202 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,226 kontrak. Pada 9.48 pagi, indeks FBM KLCI naik 7.25 mata kepada 1,692.18 daripada 1,684.93 semasa ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2562559
Niaga Hadapan MSM  Ditutup Tinggi
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis selepas disokong oleh momentum menaik dalam harga minyak mentah dan niaga hadapan minyak sayuran saingan, kata seorang peniaga. Ketua Penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, kenaikan harga minyak mentah telah dipacu oleh serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran baru-baru ini. “Harga minyak mentah melonjak dalam dagangan awal Khamis selepas laporan serangan baru AS semalaman di tapak tentera Iran, meningkatkan ketegangan walaupun Washington dan Tehran sedang berunding untuk menamatkan konflik tiga bulan mereka,” katanya kepada Bernama. Sekarang...
Bursa Malaysia Teruskan Penurunan Susulan Ketegangan Geopolitik Semakin Memuncak
Bursa Malaysia Teruskan Penurunan Susulan Ketegangan Geopolitik Semakin Memuncak Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur menjadi semakin berhati-hati terhadap risiko susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 14.09 mata atau 0.83 peratus kepada 1,684.93 daripada paras 1,699.02 ketika ditutup Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka 7.81 mata lebih tinggi pada paras 1,706.83 dan bergerak antara 1,683.08 hingga 1,707.91 sepanjang sesi dagangan. Pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 678 berbanding 456, manakala 550 kaunter tidak berubah...
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai asas. Kontrak Mei 2026 susut 16.5 mata kepada 1,691.0, Jun 2026 merosot 13.5 mata kepada 1,691.0, September 2026 turun 14.0 mata kepada 1,672.50 dan Disember 2026 hilang 10.5 mata kepada 1,674.50 Jumlah dagangan jatuh kepada 43,753 lot berbanding 80,023 lot yang dicatatkan pada Selasa lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 80,295 kontrak daripada 114,229 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI lemah sebanyak 14.09 mata kepada 1,684.93 daripada 1,699.02. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2562446
Keluarga kaya kurangkan pelaburan dalam Dolar AS berikutan ketegangan geopolitik dan hutang meningkat, kata UBS
Keluarga kaya kurangkan pelaburan dalam Dolar AS berikutan ketegangan geopolitik dan hutang meningkat, kata UBS Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Keluarga kaya kurangkan pendedahan dolar kerana ketegangan geopolitik. UBS mendapati lebih separuh pejabat keluarga diramal kurangkan aset dolar. Pejabat keluarga mula membina pelaburan di Asia Pasifik dan Eropah Barat. Menurut laporan Reuters, keluarga-keluarga terkaya di dunia sedang mengurangkan pendedahan mereka kepada dolar AS disebabkan ketegangan geopolitik dan peningkatan hutang negara yang memaksa mereka menilai semula risiko portfolio. UBS melaporkan bahawa lebih dua pertiga daripada pejabat keluarga yang disurvey menjangka keyakinan terhadap dolar sebagai mata wang rizab...
Ketua JPMorgan melihat kenaikan perbelanjaan berikutan peluang M&A hingga $20 bilion
Ketua JPMorgan melihat kenaikan perbelanjaan berikutan peluang M&A hingga $20 bilion Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Perbelanjaan JPMorgan Chase tahun ini dijangka naik $1 bilion (MYR 4.7 bilion). Bank menetapkan sasaran perbelanjaan $106 bilion (MYR 501 bilion) untuk tahun 2026. JPMorgan berminat dengan peluang penggabungan dan pengambilalihan $10-$20 bilion. Menurut laporan Reuters, JPMorgan Chase mungkin akan menghadapi peningkatan kos operasi sebanyak $1 bilion (MYR 4.7 bilion) lebih tinggi daripada unjuran awal, yang berpotensi menjejaskan keuntungan bank tersebut, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jamie Dimon. Bank ini telah menaikkan unjuran perbelanjaan tahun 2026 kepada sekitar $106 bilion (MYR 501 bilion) daripada...
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau Bursa Malaysia rendah pada tengah hari hari ini, menjejaki penurunan pasaran serantau ketika pelabur kekal berhati-hati berhubung kemungkinan ketegangan di Asia Barat mereda. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.46 mata atau 0.15 peratus kepada 1,696.56 daripada paras 1,699.02 ketika ditutup pada Selasa. Indeks penanda aras itu dibuka 7.81 mata lebih tinggi kepada 1,706.83 dan bergerak antara 1,690.39 hingga 1,707.91 sepanjang sesi dagangan pagi. Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 602 berbanding 357, manakala 507 kaunter tidak berubah, 1,214 tidak diniagakan dan 88 digantung...
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis, sejajar prestasi pasaran tunai pendasar. Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026 susut 15.5 mata kepada 1,691.50, Jun 2026 turun 14.5 mata kepada 1,690, September 2026 merosot 14 mata kepada 1,672.50 dan Disember 2026 berkurangan 12 mata kepada 1,673. Jumlah dagangan sebanyak 8,913 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 54,838 kontrak. Pada 9.48 pagi, indeks FBM KLCI turun 5.73 mata kepada 1,693.29 berbanding paras 1,699.02 ketika ditutup pada Selasa. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2562191
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Susut Kemudiannya Dipengaruhi Aktiviti Pengambilan Untung
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Susut Kemudiannya Dipengaruhi Aktiviti Pengambilan Untung Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun kembali susut selepas itu, sejajar prestasi lemah pasaran serantau susulan aktiviti pengambilan untung awal mengehadkan kenaikan pasaran. Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.32 mata atau 0.14 peratus kepada 1,696.70 daripada paras 1,699.02 ketika ditutup pada Selasa. Indeks penanda aras itu dibuka 7.81 mata lebih tinggi kepada 1,706.83. Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 268 berbanding 174, manakala 348 kaunter tidak berubah, 1,890 tidak diniagakan dan 88 digantung...
S&P 500 dan Nasdaq melonjak berikutan keyakinan AI, Micron capai nilai pasaran $1 trilion
S&P 500 dan Nasdaq melonjak berikutan keyakinan AI, Micron capai nilai pasaran $1 trilion Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Micron mencecah nilai pasaran $1 trilion buat kali pertama. Indeks S&P 500 dan Nasdaq cecah tahap tertinggi intrahari. Perjanjian Qualcomm untuk bekalkan cip kepada ByteDance disahkan. Menurut laporan Reuters, S&P 500 dan Nasdaq berdagang hampir dengan rekod tertinggi mereka pada hari Selasa lalu, selepas mencapai tahap tertinggi intrahari yang baru. Ini berlaku di tengah-tengah optimisme yang didorong oleh AI yang mengimbangi kebimbangan terhadap rundingan damai Timur Tengah, yang diperburuk dengan serangan terkini A.S. ke atas Iran. Saham semikonduktor, yang telah melonjak disebabkan permintaan yang...
Back
Top
Log in Register